Birthclub: Ogos 2025 icon

Birthclub: Ogos 2025

18.6 K following

Feed

Alahan teruk start 5w, 2 bulan tak masuk kerja.

Pregnancy saya detect masa 5w, sebelum tu saya dah pergi klinik 2x tp doctor tk detect. Sekarang saya nak masuk 13w. Kali pertama lepas saya cek upt +ve tapi pudar, 2x cek dalam 2 minggu yg berbeza dan dua2 pudar. Doc cakap tu hanya hormon, bila scan doc bgtahu yg bulat tu adalah gumpalan darah yg akan period. By mean period saya pada bulan tu akan delay dan dikenali sebagai late menses. Maka saya n husband pun balik dgn sedikit kecewa tapi kami okay je. After one week saya muntah2 dan hilang selera makan, pergi klinik dan doctor cakap saya gastric. Bila scan penuh bubble dalam perut saya. Tak pelik pun sbb saya mmg gastric teruk. Seminggu telah berlalu dan keadaan saya makin teruk. Kakak ipar saya paksa husband bawak g hosp/klinik pada malam khamis. Sabtu saya ada majlis sambut menantu (after 6m huhu) tp pengantinnya dah mcm zombie. Pergi klinik lepas husb habis kerja malam tu doctor mintak buat upt. Pukul 1am doctor tunjuk upt +ve terang. Tak sedar ke pregnant? Terkebil saya dgn husband. Terus drip n proceed ubat tahan muntah. Bila scan perut saya masih penuh dgn bubble n kantung baby nampak half je ye. Dapat tarikh repeat scan semua. Alhamdulilah skrg dah nak masuk 13w. Menangis sudah, merentan sudah, mental ye sbb saya hilang diri saya. Muntah2 masih belum stop cuma saya dah boleh makan walaupun lepas makan wajib keluar balik. Start 1/1/25 sampai harini 22/2/25 saya tak masuk ofis langsung ye. Husb pun tak bagi langsung drive n buat kerja sbb risau. Saya turun 6kg ye. Aduhai baby, suka tendang makanan mommy makan. Doakan saya dan baby terus kuat. Semoga saya n suami dipermudahkan urusan. Utk ibu2 diluar sana, jangan pernah putus harapan. Apa2 terus pergi klinik n digalakkan pergi klinik berbeza utk meraikan perbezaan pendapat doctor. Kali ke-3 saya ke klinik baru tahu pregnant. #firsttimemom #sharing #pregnancy #alahan

Read more
Alahan teruk start 5w, 2 bulan tak masuk kerja.
undefined profile icon
Write a reply
Load More Posts