






Mummy boleh share tak pengalaman berpantang sendiri macam mana masa anak sulung dulu? Saya ni due lambat lg bulan 7, tapi dah serabut jgk fikir bab nak pantang mana, siapa jaga etc.. Haritu saya share plan saya pd suami, tak confirm pun lg. Saya cakap nak senang biar saya bersalin dekat sini jee tak payah balik kampung. Tak susahkan dia nak kena hantar saya balik kampung lepas tu drive jauh2 balik rumah sewa kami sorang2. Nanti ibu datang lah duduk rumah sewa kami seminggu lepas saya bersalin. Then kita berpantang laa sendiri.. (saya tak bincang pun lg dgn ibu saya utk dtg teman saya berpantang dekat sini berapa lama sbb sejak ibu saya dah kahwin baru ni byk aktiviti dia dekat kampung mcm kelas mengaji al quran dan agama, solat jemaah dekat masjid dll. Dia pun selalu cakap syg nak tinggal lama2 kelas tu. Jd saya pun random jelah cakap seminggu mak jaga dkt suami saya.) Suami saya pulak tah knp dia pergi cerita benda yg tak confirm lg yg kami bincang berdua dekat mak ayah dia. Lepas tu mula lah mertua saya nii "risau". Dia cakap tak kena kalau ibu saya jaga seminggu je pastu nak pantang sendiri, belum ada pengalaman anak pertama. Nanti suami pergi kerja, bahaya tinggal sorang dgn baby dlm tempoh berpantang. Pastu mak mertua cerita dia dulu berpantang tidur malam pun mak ayah teman sekali, tak biar berdua je dgn baby takut kena kacau angin meroyan apa tah. Saya jadi geram jgk, pandai ajar itu ini tp takde pun offer nak tolong jaga saya dekat sini. Mmg tak lah kot dia nak offer tidur rumah sewa kami seminggu dua. Masa duduk rumah sewa dkt Selangor dulu 2 tahun (masa baru kahwin), sekali pun tak pernah singgah bila dorang dtg KL walhal dah dekat. #firstmom #Needadvice
Read more
