

Hamil pada usia 40 tahun, adalah sesuatu yang saya cuba elakkan, namun siapa kita menolak takdir.
Bersalin pada Oktober 2023 lalu saya rasakan seperti kehamilan terakhir, namun tak sangka, kaedah perancang keluarga yang biasa saya guna sebelum ini tak berjaya. Salah sendiri juga, bergantung pada 1 cara semulajadi iaitu menyusu sepenuhnya. Sekarang kandungan dah masuk 8 bulan, dan saya rasa saya dah tak sekuat dulu, dgn umur yang lanjut, gdm with diet control, low hb topup iberet dgn ferrous fumarate 2 biji. Masuk minggu ni, doktor dah mula bincang mode of delivery. Terus terang saya tak yakin mampu meneran. Lagipun saya dgn suami setuju nak ikat peranakan, jadi mungkin akan bersalin secara elective LSCS. Cukuplah kelahiran ke 5 ni jadi penutup keluarga kami. Itu saja perkongsian saya. Ada ke sesiapa di sini di situasi yang sama dgn saya? #hamil40tahun #highriskpregnancy
Read more




Ada tak yang mcm saya... Skrg tengah pregnant anak ke 3 .. 30w.. 2 hari lepas pergi check up misi dah pesan beg hospital siapkan awal2. Sebab skrg banyak kes bersalin awal.. jadinya siapkan mana yang penting je. 😅 Excited nak beli BRG tp tu la.. rasa mcm membazir.. jadinya beli la dua tiga pasang baju baru..buat menyambut kelahiran baru.. yg lain recycle je baju abang2 nya.. nak jadi cerita scan yg lepas ni pun doktor kata boy lagi. 😂 Mama is redha.. happy and takut dalam masa yg sama. Anak ke 2 kena induce .. dia punya sakit mcm nak terbelah katil hospital tu digegarnya 😂😂 #thirdpregnancy #beghospital
Read more
