
kenapa eh? bila dah masuk 13 week ni sakit kepala bukan main. teramat sakit, kadang badan tu jadi rasa nak demam. tapi bila husband check biasa je suhu, tapi badan macam demam dan kepala sakit sangat, selalu minta husband picitkan kepala. pls bahaya ke? sakit kepala macam ni? atau saya stress ke? atau saya kurang tidur ya? #firstmom #Needadvice #pregnancy #sharing
Read more





Salam semua. Saya seorang ibu, anak 3. 2 bulan lepas, saya dapat 1 berita. Saya disahkan mengandung anak keempat. Anak ketiga waktu tu 1tahun 5 bulan. Masa mula2 tahu, berbelah bahagi. Sebab tak merancang untuk dapat anak, anak ketiga masih kecil dan sekarang tengah sambung belajar sambil bekerja. Tapi, selama masa berjalan, pastu, mase 6 minggu nampak heartbeat semua tu, perasaan sayang timbul.. tapi, diduga dengan keguguran semasa 9 minggu. Tak disangka, lepas 2 minggu, rasa sedih teramat. Rasa kehilangan. Dalam masa yang sama, walaupun dalam kesibukan belajar dan bekerja, disebabkan kehilangan tu, buat saya rasa nak mengandung lagi.. saya rindu moment nampak heartbeat, perasaan mengandung tu, manis sangat rasanya. walaupun pada awalnya, reluctant atas sebab2 saya dah nyatakan di atas. patut ke saya mengandung lagi? Atau saya selfish? Patut ke saya pakai perancang, dan tutup kilang? #AskingAsAMom #mohonbantujawabbunda #Needadvice #sharing
Read more
