2 Balas

Nama dia cradle cap. Letak baby oil/minyak kelapa lepas tu biar kat kepala baby selama 15-30minit macam tu. Lepas tu pakai sikat rambut baby yang jenis leper untuk sikat/buang lapisan dari kulit kepala baby. Pastikan buat proses ni sblm mandikan baby sebab kalau lama sangat biar minyak kat kepala, boleh jadi makin banyak. Lepas buang cradle cap, shampoo kan baby (boleh shampoo baby biasa atau shampoo baby sensitive skin). Boleh jugak search youtube: How to remove cradle cap. Lepas sy tgk video youtube baru tahu mcm mana nak buang cradle cap dari kepala baby sy. Yang pasti, dia tak hilang dlm masa sehari, kena buat proses sama dlm beberapa hari atau lebih (ikut berapa bnyk cradle cap tu).

Saya pon guna cara ni. Lebih mudah. Pastikan letak minyak tu lebih sikit dan biar sekejap. Baru gosok pelan2

Cradle cap ni awak. Guna mild formula shampoo. Shampoo 2x sehari. Contoh mild formula shampoo - Mustela - Bzu Bzu - Aveeno - QV

Okey nanti sy try. Terima kasih ye😊

Soalan popular

Artikel Berkaitan