13 Balas

Saya dengan suami pun pjj. Dari awal saya kahwin sampai la saya pregnant lagi anak kedua , kami tetap jauh. Kerana tugas terpaksa ber pjj. Semua sendiri. Pergi buka pink, check up apa semua sendiri. Orang lain pegi ada suami teman, kita mampu tengok je. Saya pujuk hati, tak apa nanti ada rezeki boleh sama ii suami ada dengan kita. Mungkin rezeki yang tak pjj suami boleh teman, kita rezeki mungkin benda lain. Saya keep on positif sampai la saya nak melahirkan anak yang first, dia tetap takda teman kat labour room hahah sebab tahu dia otw dari tempat kerja sana ke hospital masa tu. Dah melahirkan baru dia ada , dia tengok saya dengan baby masa tu saya happy sangat. Walaupun suami takda dekat saya kuatkan hati and sangka baik dengan apa Allah bagi kat saya. Sebab saya tersentuh dengan kata ii mak saya, takpa tengok anak kau sihat je susah sakit walaupun suami kau jauh, rezeki tu. Apa pun saya tetap positif, takpa la mengidam semua sendiri dapatkan hahaha takda rasa nak gaduh sbb kalau gaduh apa guna? dia tak boleh juga tukar tempat kerja walaupun bergaduh hahahahah . Apa pun pesan pada hati ada hikmah tau sebalik apa yang awak hadap ni 🤍

saya pun pjj dgn suami, cheras-sabah kandungan pun baru nak masuk 9week.. apa saja sy teringin nak mkn sy bgtau suami, suami cuma ckp pi la beli kalu ngidam sgt. sy x mgharap suami belikan semata2 dgr keluhan sy. kita dh tau kt pjj. kalu tiba2 terasa tu mgkn sbb hormon. tp awk kna pikir elok2 selepas itu jgn sedih lama2.. ikut hati nak je suami bertugas kat sabah skrg tp apakan daya blm ada kekosongan.. sabo je ler.

Sama la kite awak.. pahang and sarawak here..mcm roller coaster emosi ni.. tpi we have to be strong for the sake of little precious kt dlm hehe..bukan sng nk dpt double line ni.. skrg cuma tngkan fikiran dgn fikir this journey x lama pun.. pejam celik baby kluar pejam celik baby dah besar😭..sekejap sngt.. so i have to enjoy this journey and always positive.. gitewwwww

tq awak. moga kita sama2 kuat yaa

saya tak pjj tapi suami selalu outstation. setiap minggu mesti ada. pegi hospital check drive sorang, park kereta jauh pun jalan kaki sorg. mindset saya suami tgh cari rezeki lebih. setakat ni apalah sangat. saya ubah mindset wlpn rasa sedih. biasa org pregnant mmg emosi lebih. kwn tak ajak lunch pun dah terasa. so cepat2 positive diri balik

Saya 11w pun pjj. Sarawak-kedah. Pernah ada dlm situasi sis juga. Tapi takleh nak buat apa. Bila jauh ni, kena pandai pujuk diri sendiri. Kene kuat bila sorang2. Waktu dpt jumpa tu, mmg seronok takleh cakap. Doakan semua yg ber pjj ni sentiasa dipermudahkan urusan! Mudahan juga semuanya dicepatkan rezeki utk tinggal sebumbung.

aaamiin..sy hrp gitu lahhh.. bertahan je ni

Masa suami sy jauh kt indon..dia oderkn utk sy d sini makanan guna app foodpanda ja..senang je apa2 skrg nie,janji ada duit..tp tulah,puan sbenarnya rindu kt husband..nak husband d sisi..puan perlu kuat ya,xlama lg hadir sorang anak..semoga Allah permudahkan urusan puan🫰🏻..

bertabah lah kita.. kdg2 yg suami kat sisi pun diorang x faham sgt.. begitulah lumrah lelaki.. puan ambil yg positif je ya.. jgn stress2 kena fikirkan baby dlm tu.. kalau stress baby pun ikut sama stress..

Samalah saya. Pjj dengan husband. Perak - Pahang. Sedih bila kita teringin apa2 tapi husband takda untuk tunaikan. Bukan tak boleh keluar cari tapi tak nak susahkan mertua 😢

kita sama situasi pjj jugak. kuantan-jb 😭😭😭moga dipermudahkan perjalanan mengandung for both of us sis!

Sama sis pjj jugak , hati kena banyak sabar inshaAllah ada rezeki dduk sekali nnti , cepat atau lambat ja

Soalan popular