Tak pasti nak kata normal atau tidak sebab saiz baby dalam kandungan dipengaruhi oleh saiz ibu juga. Setiap ibu kandungannya tak sama. Yang scan kat hospital tu, pakar O&G kan? Kalau saya akan ikut pandangan doktor pakar sebab doktor di KK bukan doktor O&G. Mereka doktor biasa. Saya sendiri 36 weeks berat baby 2.2kg. Jauh beza dengan awak. 34 weeks, 2.1kg. Tapi normal untuk saya. Kalau awak rasa risau dan tak puas hati, boleh opt untuk check di private maternity clinic pula untuk 2nd opinion.
Mcm saya 34 weeks , berat baby 2.6kg. Saya tiada gdm tapi itulah doktor kk & swasta takde pula ckp baby besar ka ape. Saya ja rasa mcm besar ka baby saya ni 😅. Saya ada check 2 doktor sbb saya sekarang checkup kk , tapi akan bersalin dekat swasta . Tapi itulah , dua dua doktor kata normal , tapi saya tngk dekat google ka ape , mcm baby besar sikit dari biasa. Saya pun follow je la apa doktor ckp 😂.
Saya 32weeks scan dr ckp berat baby 2.6kg kiranya lebih jadi kena scan balik on 34weeks next week utk tngok berat dia maintain atau naik lagi. Cumanya dr takde cakap dekat saya baby besar ke apa .
Anonymous