Salam momies semua, saya nak tanya normal ke baby sangat sangat kurang menyusu. Baby saya fully bf minum tak sampai 5 minit pun, paling lama 10 20 minit sahaja setiap 4 atau 7 jam. Sebelum ni bagi susu formula tapi baby saya kerap muntah jadi hanya fully bf. Baby okay saja cuma batuk sikit dan ada kahak. Lain2 semua okay. Macam mana nak buat ya untuk baby kerap menyusu. Dah paksa bangun pun taknak, kalau saya sumbat juga puting dia akan buat nak muntah jadi saya tak paksa baby. Normal ke ya macam ni ? #pleasehelp #firstmom saya tak tahu nak buat macam mana untuk bagi baby saya kerap menyusu macam baby2 lain. Bila dah lapar sangat baru baby saya menangis tu pun menyusu kejap je. Baby baru 2 bulan lebih.