8 Balas

Muntah merah selepas pengambilan Zincofer mungkin disebabkan oleh beberapa faktor termasuk reaksi badan terhadap suplemen tersebut atau mungkin disebabkan oleh perut yang kosong sejak awal pagi. Mual dan muntah adalah kesan sampingan yang boleh berlaku apabila mengambil suplemen zat besi seperti Zincofer. Adalah penting untuk memberitahu doktor atau pakar kesihatan jika muntah berlanjutan atau sangat teruk. Saranan yang mungkin membantu mengurangkan kemungkinan muntah merah adalah: 1. Ambil Zincofer selepas makan makanan atau selepas sarapan pagi untuk mengurangkan kemungkinan perut kosong. 2. Pastikan untuk tidak mengambil Zincofer dengan perut kosong kerana ia boleh menyebabkan ketidakselesaan perut. 3. Jika muntah berterusan, berbincang dengan pakar kesihatan atau doktor anda untuk mencari alternatif atau mendapatkan panduan lanjut. Jika simptom berterusan atau menjadi lebih teruk, disyorkan untuk mendapatkan nasihat perubatan yang segera. Semoga maklumat ini membantu! https://invl.io/cll7hzz

Memang muntah merah sis sbb zinfocer tu mmg warna merah. Itu badan sis muntahkan balik ubat tu. Lepasni try ambil sebelum tidur, minum dengan air yg masam macam jus oren. Lepas minum terus tidur insya Allah kurang rasa nak muntah sebab kita dh tidur. Tapi pstikan jarakkan pengambilan makanan 2 jam sebelum makan ubat tu. Semoga sis dan baby sihat selalu.

saya klau mkn pagi zincofer tu pon muntah merah. pening+loya. so sy tukar rutin mkn. mlm sbelum nk tidur bru mkn. tp pasti dah mkn 2jam sbelum. mata dh betul2 ngntuk bru telan zincofer then trus tido. alhamdulillah takde rasa nk muntah. okjer

Saya dulu pun selalu muntah lepas makan zincofer (ya merah), lepastu dah tak larat, cari ubat lain. Tukar ke IBERET (boleh cari di farmasi), ada juga pilihan ubat lain. Sampai la baby lahir. Takde muntah".

masa ank ke 3 sy mkn sblm tidur.. ok... ni anak ke 5 (nbr 4gugur) doc suggest makan lepas makan tengahari... ambil zincofer + jus oren/buah... ok xrasa loya...harap membantu...😊

next time try makan ubat tu sebelum tidur .membantu UTK X rasa loya🤭..sbb kita tidur tpi pastikan last MKN 2 jam sebelum

ye btul sgt membantu ,sbb kite terus tidurr😂saya makan zincofer gigih kunci jam 4 pagi hari2 😂lepastu tido balik ,then bangun krja 6 pagi nnti ,takde loya dah,sbb before ni kalau makan bangun pagi time nak gi krja ,kat ofis tu mula la pening, mual, and badan jadi panas

ye betul .. kalau muntah zincofer memang warna merah .. sy pun dah brp kali muntah zincofer warna merah

mkn time mlm masa nk tdur .

Soalan popular

Artikel Berkaitan