Anak umur setahun

Ni bukan confession, tapi sebuah persoalan dari saya untuk mommy2 yg ada expert dalam hal ni: 1. My baby dah 1 years and currently dia hilang selera makan, dia bukan tak makan langsung cuma dia lebih memilih untuk makan makanan macam snack tu (biskut and etc). Bila bab nak bagi dia makan nasi, sayur, buah2 mesti dia tolak or makan terlampau sikit. Saya dah try bagi epeton kids tu untuk tambah selera makan dia tapi still facing this issue. Berat dia drop. 2. Setiap hari saya akan bagi dia nap siang, which is pagi and petang. Tapi still gak dia ada masalah untuk tido malam. Setiap malam dia akan menangis macam kena pukul tu. Nak cakap rutim tido dia out, tak jugak. Sejak masuk setahun ni lah dia a bit mencabar untuk bagi tido malam. Setiap kali before tido (around sebelum magrib), i will make sure dia mandi air suam, dia makan malam, susu, and pakaian dia pun i choose yang selesa, tempat tido i bersihkan every day since dia ada ekzema. 3. Dia adalah gatal gusi since gigi tumbuh. I adalah picit2 bahagian luar gusi tu, bagi dia gihit kain yang a bit basah untuk redakan gusi dia tu. Tapi still feel not function at all sebab dia akan mengelak plus buang kain tu. Dia pun kerap berlaku agresif like gigit orang and mengamuk. 4. I donno lah dia ada masalah lain ke apa. Somehow i panggil nama dia, dia akan pandang and kadang tu dia busy dengan satu benda sampai i panggil banyak kali pun dia tak pandang. Eyes contact masih ada, dia pun ada borak but bahasa baby yg sukar difahami tu lah. Cuma i wonder why kadang i panggil banyak kali pun dia tak pandang and busy with one thing yg dia buat. 5. Dia tak berminat dalam banyak hal like flash card, book story, mainan pun x main. Almost everytime dia akan main sendiri and main barang rumah. I just wonder why dia macam tu. Kadang tu adalah orang tegur about my baby development, i just worried about that things lah. Risau anak kita kenapa-napa. Mommy yang ada experience, i know perkembangan and character baby ni lain-lain. Tapi pleasee help me, i tak tahu lagi nak buat macam mana. My baby jadi macam kerap mengamuk. I rasa sebab dia gatal gusi sebab tu dia kerap demam. Tapi i donno lah, since banyak sebab. Yang i mampu buat is ikhtiar. Anak i sekarang ni makan dia kurang, kerap mengamuk, susah tido malam. How i can make him comfort mummy? Kadang i feel stress but i need to be strong sebabkan i ibu. #seriusnanya #ingintahu #bantusharing #firstbaby

1 Balas

Hi, this is my solely opinion 1) Your baby is on her/his normal phase. Ada sesetengah toddler bila nak tumbuh gigi, part makan paling mencabar. Trust me! I've been there before. Pain tolerance every kids are different same goes to adults. Anak awak tak selesa gusi tu. Mungkin dia rasa sakit tapi masih belum mahir nak express kan emosi dia. So dia hanya mampu untuk menolak makanan yang buat dia tak selesa. Masa anak saya turned 1 year old, 2 minggu anak saya tolak makanan even get favourite foods. Macam2 saya dah buat. Pelbagaikan menu, tekstur sampai la saya dah jumpa solution. Waktu ni anak saya nak makan benda yang keras dan sejuk je. So her menu for 2 weeks was chilled yogurt+fruits, chilled yogurt+fruits+oats, fruits, baby biscuits. Nothing else. Memang makan habis plus anak saya minum susu macam biasa. 2) Pun normal. Sleep regression can happen anytime. Paling lama record anak saya 1 minggu. Selalunya 2-3 hari dah okay. Oh BTW now anak saya 1y7m. Yang ni kena cari punca. Untuk situasi anak awak saya rasa, mungkin anak awak overstimulated. Bila overstimulated, tu yang anak meragam. Sebelum nak maghrib tu, awak set calm mood satu rumah. Kurangkan aktiviti atau bermain dengan anak. Tutup TV. Malapkan lampu. Ini untuk bagi anak get ready untuk bedtime dia. 3) Macam saya beritahu di atas. Pain tolerance setiap orang tak sama dan mereka masih tidak mahir untuk express kan emosi. Jadi dengan menggigit tu cara dia untuk hilangkan sakit tu. Mungkin awak boleh belikan teether yang menarik untuk anak. Ada teether yang boleh kita pakai kat tangan macam gelang tu. Sambil tu kena sentiasa berpesan dengan anak. Berkomunikasi dengan dia. Selami perasan dia. 5) Bagi I ni pun normal. Awak kena selalu bercakap dengan anak. Eye contact must be on a same level. Jangan bagi anak mendongak tengok kita. Instead kita yang kena berada pada paras penglihatan baby. 6) Pernah main sama2 tak dengan anak? Atau awak biar dia main toy tu sendiri? Kalau tak pernah, ajak anak main bersama-sama. Waktu ni awak fokus pada dia je. Jangan tengok TV, jangan main handphone semasa bermain dengan anak. Book story tu awak kena buat sesi tu menarik untuk anak. Make funny faces, using funny voices or high tone like kindergarten teacher. Anyways, usaha ni bukan awak sorang je tau yang buat. Both parents must be involved. Once again, this is solely my opinion. If you see something off on your child, do not hesitate to seek for your paediatrician. InshaAllah semoga urusan awak dipermudahkan 🌹Sorry kalau terpanjang🙏

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan