Baby 10 bulan berak keras
Hi mummy2 semua saya nak tanya, anak saya umur 10 bulan dan dah berapa hari dia susah nak berak sebab berak nye keras. Tiap kali nak berak mesti menangis sebab susah nak keluar sampai ada sikit luka dekat bahagian dubur. Saya dah bawa ke klinik check tapi doktor hanya bagi ubat masuk buntut untuk bagi terus berak. Tapi ubat tu tak elok kalau guna selalu. Saya dah cuba bagi makan buah, haluskan tekstur bubur, bagi supplement untuk lembutkan tahi setakat ni masih tak berkesan😢 mummy2 semua tahu tak cara nak atasi masalah anak berak keras ni? Mohon bantu ya🙏🏻 #SeriusTanya
Jadi orang pertama untuk membalas!