15 Balas

Ruam pada muka bayi memang boleh menjadi masalah yang mengganggu. Untuk mengatasi ruam tersebut, anda boleh mencuba beberapa tips berikut: 1. Pastikan anda membersihkan muka bayi dengan lembut menggunakan kapas bersih dan air suam setiap kali selepas menyusui atau sebelum tidur. 2. Gunakan produk yang sesuai untuk kulit sensitif bayi, contohnya sabun mandi yang lembut dan bebas pewangi. 3. Pastikan muka bayi sentiasa kering dan tidak terlalu lembap, elakkan daripada terlalu banyak menggunakan minyak atau krim yang boleh menyumbat pori-pori. 4. Ambil perhatian kepada faktor makanan, ada bayi yang boleh mengalami reaksi alergi terhadap makanan tertentu. Cuba pantau dan lihat sama ada ruam bertambah teruk selepas bayi makan sesuatu yang baru. 5. Jika ruam masih tidak sembuh, lebih baik untuk berjumpa dengan doktor kanak-kanak untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang lebih tepat. Semoga tips ini membantu anda mengatasi ruam pada muka bayi anda. Jangan risau, biasanya ruam ini boleh diatasi dengan langkah-langkah yang betul. #SeriusTanya #firstmom #ingintahu #bantujawab https://invl.io/cll6sd8

Anak saya ruam jugak , kat leher n celah2 ketiak tu je. Mmg takde ubat senanya kalau ruam ni. Normal ruam ni utk bby.. lama2 4-5bulan hilang dah dia.. anak sy skg ruam kat leher tu kejap ada kejap hilang.. so jgn panik ye momy..

Anak saya tu hari,, sya pakaikan sn*w white makin teruk,, maybe ndak ngam,, lepas tu buka tiktok,, ada yg kata pakaikan tepung kanji,, alhamdulillah,, betul,, pakai Tepung kanji baru hilang ruam d muka baby,, skrg baby sdh teda ruam g.

saya pun pkai kan product tu tapi mkin teruk

Anak sy eczema n ruam teruk, paeds suggest kan sy guna yg ni, mmg berkesan lps sapu kt ruam esoknya nampak kering, lps 3 hari da elok.. cuba lah, mmg sesuai utk ruam n gatal2

ank sy pakai bzu bzu cooling lotion .. alhamdullillah serasi dgn kulit dia .. dlu dia cmni gak ruam kat muka .. sy pakai tu terus hilang ruam sampai skrg ..

anak saya pernah naik ruam dkt muka dan badan. saya pakai kn losyen Himalaya di muka dan badan saya guna cream nappy anakku je. mmg hilang dgn cepat

Cuba try cetaphil ataupun bzu bzu cooling powder untuk ruam jugak . Tapi saya guna untuk anak saya cetaphil alhamdulillah berkesan

ank sy mcm awk.. beli krim kt farmasi RM 90 ingt kn menjadi..lg teruk..sy pakai Snow White alhamdulillah serasi ng kulit dia...

setiap kali lepas susu lap area situ dengan wet tissue, maybe baby tak tahan susu kena kulit area situ

macam saya saya sapu soducrem mmg cepat tp tula ade yg kata tak boleh, saya sapu nipis nipis

Soalan popular

Artikel Berkaitan