Hi korang.
Ada tak sini pasang IUCD tapi tiba-tiba pula mengandung ?
Case saya ne , saya pasang IUCD pada November 2023.
Pasang IUCD ne sebab dah ada 2 anak dah , seorang perempuan seorang lelaki , sepasang lah kan namanya.
Anak pertama perempuan lahir Ogos 2019, anak kedua lelaki lahir Februari 2023.
So planning tak nak anak dah. Pergi klinik berdekatan & pasang IUCD pada November 2023.
Tup tup.. Julai 2024 suspicious tak datang period. Tapi masa tu belum cek guna kit pregnancy, symptoms pun belum perasan sangat . Bila hati makin tak sedap sebab dah masuk Ogos 2024, jadi buat keputusan cek kat klinik pada 13 Ogos 2024, lahh disahkan pregnant 4 minggu 🥲. Buka buku pink masa tu juga,kena bagi appointment utk scan.
Saya bagitau saya ada pasang IUCD pada November 2023 lalu, nurse doktor terkejut pula.
Appointment seterusnya masa scan. Nampak & doktor cakap , baby kat atas melekat, IUCD kat bawah. Kata doktor okay cantik, bunyi2 macam tak masalah la kiranya.
Tapi kadang2 hati ne risau juga sekarang..
Sekarang dah 12 minggu. Tapi hati masih risau .. sebab IUCD tak dibuka masa mengandung sekarang ne..
#iucd #pregnant #mengandung
Anonymous