6 Balas

saya hari kedua lahir dah bagi bby susu formula.saya bagi je dulu susu formula..1,2jam lepastu baru bagi susu ibu.then klu baby masih merengek baru saya bagi susu formula pula.sekarang dah masuk 3 bulan masih bagi susu formula & susu ibu dkt baby.siang je selang seli susu formula dgn susu ibu.malam susu formula je.sebelum ni ank yang 3 orang full bf sampai 2y.masa ni badan masih kuat bangun setiap jam bagi menyusu baby.sekarang ni pinggang sakit2 x boleh duduk lama.tambah lagi ada gastrik teruk.so bagi la susu formula + susu ibu.husb pun boleh gilir susukan baby terutama malam.biar la apa orang cakap.susu saya yang beli.sakit semua saya yang hadap sendiri😂nurse pun xda komplen bagi susu campur.ok je..kita lebih faham keadaan diri kita sis.kita buat ikut kemampuan kita sahaja.jangan dengar sangat cakap2 orang.kita bagi susu formula kot dekat baby..bukan racun...

padahal nurse2 smua tu pun ada je yg bagi susu formula kan sis.mcm nurse saya.pernah juga doktor tanya kenapa x bagi full bf.susu ibu sangat penting utk 6 bulan pertama baby katanya,saya diam je.malas nak explain.nak explain pun sama juga di bebel nya nanti.dorang bukannya dgr mslh kita...

sy pam susu sy time anak tdo dan simpan dalam botol/plastik kemudian letak dalam freezer. time anak mood okay sy bagi direct feeding . tapi kalau dia tgh meragam, sy bagi susu yg disimpan dalam freezer, lalukan dkt air kemudian bagi la dalam botol. bila pam keluar, and letak dlm botol sy letak 2oz-3oz. mmg terus sumbat lam mulut dia, mnum smpai habis pastu tido. tapi sy time baby umur 6 hari pun bagi jugak susu formula sbb jaundice anak tggi. nurse dgn dktor yg suruh bagi supaya baby kerap berak. berat baby naik Alhamdulillah. skrg dah sebulan sy bagi susu fm + df + pam. so far okay je . sy nak stop susu formula sbb jaundice dah turun, tp doktor plak tk bgi. dia suruh cntinue bagi susu fm. huhu so tak salah pun bagi susu fm ni ikut keperluan anak. kalau nak selamat dan yakin, nnt tnye pada nurse dan doktor apa suggestion dorg

anak saya pun pernah camtu.. perbah juga dia mengamuk, menggeliat dan meneran masa hisap. dah terlepas puting dia nangis pulak. Saya rasa bukan sebab tak cukup susu, sama ada flow susu laju sangat, slow sangat, atau msalah lain spt dia sakit perut.. Jangan downkan diri sendiri kata susu tak cukup sis🥲... Anak berak kencing ok ke? Warna kencing baby kuning cerah ke gelap? Kalau susu ckup, kencing baby warna kuning yang almost colorless. Kalau warna kuning pekat tu baby dehidrasi, barulah boleh panggil susu kurang. Kalau berat anak naik cantik, meragam tak meragam pun tu maknanya susu cukup. Cuba tukar breast lain, buat urutan buang angin kat perut baby atau tenangkan dia dulu sebelum teruskan menyusu.

haritu penah lah straight bagi susu dada, seharian dia mengamuk , isap lepas isap lepas, lepas dari tu saya tak konfiden nak bagi , sebab risau dia tido tak cukup susu , takot tido penat menangis... sebab dia high demand jenis kuat menyusu... saya bukan lah tak yakin susu tu ade tapi bila tengok keadaan anak rasa kesian , sebab kita yang mengadap kan ... saya pun pening dah , stress pun ade ... stress dengan orang sekeliling kondem saya bagi susu formula ... saya dah mati akal dah nak buat apa ... kadang rasa macam jadi mak tak guna .. sebab bagi anak susu formula .. tapi tahlaaa 😭

hai. saya pun lalui benda yg sama. masa pantang sampai lebam² dan nangis² picit breast bg keluar susu. sehari saya dpt pam dlm 3oz paling banyak. skrg dah 2bulan 10hari pun susu masih kurang. dlm sehari mesti saya bg susu yg dipam, sbb rasa sedih sgt bila anak xdpt susu ibu. walaupun sikit saya bg. mmg lain, fm dia x meragam n tahan 2/3jam. kalau BF ni. stgh jam dah meragam balik. tahan je lah. tp alhamdulillah bb saya kuat ngempeng. dengan nipple saya flat LG. sedih sis. tp tkpe, fighting mommy. teruskan pam susu utk susu terus ada (walaupun sikit) jgn give up.

Anak first dulu 2 minggu sy dah topup formula sbb jaundice tinggi tak turun +berat badan tak naik. Umur sebulan dah stop terus bf sbb masalah tounge tie sama. Mmg dia akan mengamuk masa bf. Ilmu pun kurang masa tu. Bila try pam susu 2 3 titik je keluar terus fikir susu takde. Memang rasa bersalah sbb tak bf anak tapi lagi stress bila anak mengamuk serba tak kena. Klu formula membantu teruskan je. Kalau puan mampu jadi epmom pun ok. Anak kedua ni alhamdulillah dah 2 bulan full bf. Harap bertahan lama la lps masuk keje nanti😁semoga dipermudahkan urusan puan

sy dri lahir baby kena ward mmg formula..dh buat mcm2 susu bdn sikit.. mkn booster pon sma jgk rajin pam pon alahai kluar x smpai 1oz.. bg formula skrg dh 3 bulan .. alhamdulillah ok je

Soalan popular

Artikel Berkaitan