Awak dan suami kena tegur secara berhemah sampai orang sekeliling hormat akan keputusan kita. Jangan putus asa dalam menegur.
Just sharing pengalaman saya, since newborn lagi saya dan suami keep reminding atau tegur parents/inlaw/family members yang bawah 6 bulan tak boleh bagi apa2 makan/minum selain susu. Bila dah 6 bulan start solid food pun sama, bukan semua makanan boleh dimakan. Ada stage nya. No salt/no sugar applicable till 2 years. Mesti awak terpikir what's their reaction was? Well, typical reaction like your mom😂 We encountered, 'itu dulu. Tak sama macam sekarang. Zaman sekarang dah lain. Apa2 info semua hujung jari je. Apa yang kami cakap ni bukan reka sendiri. Tapi doktor sendiri yang cakap bawah 6 bulan hanya minum susu je. Kalau tak percaya, ni dalam buku checkup baby ada. Nak kami sharekan video info kesihatan pasal baby pun boleh. Ramai doktor dah share ilmu free kat media sosial.' Sekali lagi, macam biasa la. Ada bunyi2 nya lagi. Kata itu ini. Kami tak terasa atau marah. Esok hari pesan lagi dan lagi sampai orang tua kita boleh terima hehe.
Oh ya! Masa anak saya baru 2 bulan, in law saya pernah calit kuih kat bibir anak. On the spot saya tegur, 'Ma, tak boleh buat gitu. Baby kecik lagi, bahaya. Calit2 pun tak boleh.' She replied, 'Ala sikit jee.. Tak masuk mulut pun'. Suami, 'Tak boleh ma. Sikit ke banyak ke tetap tak boleh. Ma tunggu la anak adik dah boleh makan nanti, ma suap la. Takut ma pulak yang tak larat sebab nenek dia masak sedap'. Ini cara suami saya ambil hati dalam tegur ma dia. Itu first and last anak saya kena calit gitu.
Fast forward, anak saya sekarang dah 2y++. Nak suap apa2 pada anak, mereka masih lagi tanya saya dan suami.
Sorry terpanjang pulak share kat awak. 🤭 All the best mommy 🌹Satu je pesanan saya, awak dan suami kena sama2 tegur. Kalau satu pihak je yang tegur, memang struggle dan orang sekeliling takkan ambil kisah
Anonymous