8 Balas

Anak saya pakai Sebamed diaper cream👍 Cubalah Selain itu, tengok juga saiz dan brand pampers yang digunakan. Terlalu ketat boleh naik ruam, brand tak sesuai pun boleh naik ruam. Next, kekerapan tukar pampers. Macam anak saya maximum 3 jam je walaupun tak penuh lagi. Atas 3 jam akan naik ruam. Lastly, kalau anak cepat berpeluh atau cuaca panas. Saya akan pakaikan anak pampers sahaja atau pakaikan seluar yang tipis dan sesuai supaya dapat pengudaraan yang baik. Mungkin awak boleh consider sebab2 di atas. Harap membantu 🌹

Alhamdulillah paling cepat 2 hari. Paling lama ambil masa 5 hari. Setiap kali tukar pampers, saya akan apply cream tu. Tapi kena cari punca juga kenapa naik ruam tu. Macam anak saya akan naik ruam tu bila pengasuh yang jaga 😢. Kalau saya yang jaga, tak pernah naik ruam. Jadi masa saya cuti itu lah apa yang saya buat( yang saya share).

Saya sarankan guna sebamed diaper cream. Sgtlah puas hati texture dan cara penggunaan pada bayi perempuan saya… sblum ni guna brand y biasa botol pink tu. Asik naik rumah je. Kesian. Pastu lepas tukar brand dan 3 jam skali tukar pmpers baby terus okey dan x de lg ape2 ruam or bermslah.

Macam anak saya, kena try tukar pampers maybe punca dari pampers yg tak sesuai, pastu beli cream snow white, warna pink dgn merah, beza dua tu bau dia je, function sama je paling cepat hilangkan ruam dekat kulit baby

Sy pakai sudocream x sesuai dekat anak. Makin merekah kulitnya.. cetaphil diaper cream Alhamdulillah anak sesuai. Kulit dia pun dah smpoth. Tak ada merekah lagi.

sy pn pakai sudocrem, alhamdulillah ok. tp sy beli kt farmasi. sy tngok ramai yg beli kt shopee tp makin teruk plk ruamnya, maybe produk fake

cuba drapolene. pastikan betul2 kering area kemaluan. pampers pun tak bileh ketat sangat

Saya guna Bephanten. Alhamdulillah dari nb smpai skrg 6 bln tak pernah naik ruam lampin

Saya pakai mustela diaper cream. Kadang saya pakai cetaphil diaper cream.

Soalan popular

Artikel Berkaitan