Assalamualaikum wbt. Bayi saya masa usia 6 bulan sangat berselera makan, sampai 2 mangkuk habis. Saya bagi makan 2 atau 3 kali sehari makan berat (bubur nasi dimasak dengan sayur dan ayam) then 2 kali snek (puree buah atau rusk). Tapi bila masuk 8 bulan, bayi saya jadi kurang berselera walaupun saya pelbagai menu bubur/pasta. Saya dah introduce udang, ikan, daging. Saya tak blender dah makanan dia masa 8 bulan ni. Semua makanan dia homemade, saya masak sendiri. Mak saya bagitau sebab bayi dah mula nak merangkak, nak berdiri, jadi bayi nak ringankan badan gitulah. Bayi pun masuk 7 bulan lebih baru meniarap dan terlentang sendiri haha. Oh ye, bayi masih takde gigi. Normal ke? Saya jadi risau dia tak berselera.. #pleasehelp #firsttimemom
Aza Jaiza Mohamad