Walaikumusalam, situasi kita sama sis. Suami sy pun dalam latihan pegawai kerajaan. Setahun dalam tu. Sekarang baru 4 bulan. Memang boleh katakan hari hari menangis waktu malam sebab rindukan suami. Bila mengandung ni emosi kita jadi tak stabil, suami tak ada di sisi pulak tu. Apa sy boleh katakan, sis kena kuatkan semangat. Sentiasa fikir ada hikmah di sebalik ujian ni. Salah satu, rezeki berganda iaitu suami dapat masuk polis, sis pula mengandung. Sentiasa sibukkan diri untuk elak kita dari sentiasa teringat apalah nasib badan, dengan morning sickness, sakit pinggang, demam, sakit kepala, kebas kaki, selesema tak ada orang di sisi utk jaga. Apatah lagi mengenangkan nasib terpaksa berjuang berseorangan bila bersalin nanti. Sis kena kuatkan semangat demi baby dalam kandungan. Tak apa ambil cuti beberapa hari dari kerja untuk pulihkan semangat diri. Nanti dah masuk kerja dah mula sibuk, insyaallah rasa sunyi rindu tu akan berkurangan sikit. Sy doakan semoga sis terus kuat dan tabah ya.
wslm sis. situasi awak sama macam saya. tengah pregnant 6 bulan, suami masuk latihan pegawai kadet tentera darat selama 9 bulan. sekarang ni baru nak masuk sebulan suami saya latihan. selalu rasa down and sedih. setiap kali badan sakit2 selalu menangis2 teringat kat husband. tambah2 lagi ni anak first.. kadang2 jadi stress and takde selera makan, tapi fikirkan kesihatan baby, paksa juga diri untuk makan and control nangis. Terpaksa berkorban demi masa depan yang lebih baik, nak taknak kena lalui jugak hmmm. sama2 sabar ya awak.
Sis jngn stress sis,dlu sy Pn mcm sis PJJ dgn suami,sy kje kt KL,suami kje krjaan ngeri kt Tgnu x leh tukar,sy mengandung Ank Sulong sorang2 kt KL,fmly dk Tgnu,slalu ngis sbb semua benda kena buat sndri,dlu pkp suami x leh dtng KL,tiap2 ari boleh di katakan menangis x leh jmpa suami,skit kena hadap sorang2,last2 27w sy skit perut prgi hospital HKL naik grab Msa 2 pkp lg,last2 terberanak awl dgn suami x dpt tgk,alhamdulillah Ank 2y7m dh skrng sihat
jgn lyan perasaan, klau boleh sibuk kn diri.. berckp dgn org, org mngndung mmg snng kne ganggu bila berseorangan.. klau x cegah nnti lgi teruk jdi...sy ckp atas pengalaman sy sndiri.. take care jgn bt bnde bukan ii bila sorang diri..
cuba ajak kwn atau teman keluar tgk2 brg baby.. kuatkan semangat yee