4 Balas

Hmm pengalaman saya tak tahu la nak kata senang atau tidak😅 Saya bersalin 2 minggu awal dari due date. Tepat 37 weeks. Saya ada rasa sakit pinggang yang bearable petang tu. Ingatkan sakit biasa sebab time tu kat office. Nak balik rumah tu baru rasa macam ada air keluar tapi sikit sikit. Pergi check kat toilet, bukan air kencing atau keputihan. Jadi saya dah syak itu air ketuban. So balik rumah macam biasa dengan suami. Call parents, parents suruh pergi hospital. Pukul 9.30 malam pergi emergency, midwife check dah 4cm 😅. Terus admit labour room. Esok pagi nak check bukaan baru 6cm. So obgyn decided untuk induce sebab poor progress. Reason poor progress sebab saya tak ada contraction yang kuat untuk percepatkan bukaan tu. Sebelum induce tu, midwife masukkan ubat untuk kosong kan perut then pasang tube kencing. Kiranya sambil layan contraction kencing je situ. Tak payah pergi toilet. Bila dah 10cm baru buka tube then meneran. Meneran pun dapat keluar dahi baby je. Hehe. Dah tak larat nak teran sebab sedut banyak painkiller. Lastly obgyn decided untuk vacuum so saya kena episiotomy. Lepas tu tak ingat apa da sebab obgyn drip ubat tidur. Sorry terpanjang 🙏ter'flashback' pulak moment tu hehe. Anyways, saya doakan semoga proses bersalin awak dimudahkan🌹 Setiap ibu ada pregnancy journey masing2. All the best

saya due bulan 11 ni,debar la...saya twins pulak,ya Allah

Saya anak 1st boleh kata mudah bersalin. Pkul 530am keluar air ketuban, terus rasa sakit. Pegi hosp sampai dalam pukul 630am. Sampai je doc cek bukaan dah fully 10cm. Terus masuk lr. Tepat 7am bersalin. Saya tak pasti kerap bersama tu relevan ke tak sbb saya & suami jarang bersama masa hujung2 pregnant. Tapi saya banyakkan berjalan. Setiap hari sy jalan at least 10,000 langkah. & start 37weeks tu saya turun naik tangga rumah, exercise. Itu je.

masa bukaan 10cm tu ada atau takde koyakan ya?

Sy anak first bnyk berjalan Jalan saja Genap 40 weeks sy beranak Smpi kt hospital dlm tgh hari Bukaan br 3cm, msk 5CM pecah kn air ketuban tolak labor room kul 5.45pm sy bersalin.. Tiub kencing tue sy xpasti Sy xada pulak cmtue..

Sbb hospital sini wjib msuk tiub kncing hmm

Hospital ismail johor bahru

Soalan popular

Artikel Berkaitan