Whole Grains

glass-placeholder

Tepung Ubi Keledek

Whole Grains

Nutrients

Protein, Serat, Karbohidrat, Beta-Carotene, Kalsium, Zat Besi, Fosforus, Vitamin A, C, B5, B6, E

Pregnancy

Boleh guna tepung ubi keledek dalam hidangan anda semasa hamil. Ia kaya dengan protein, vitamin, carotene, kalsium, zat besi dan fosforus. Tepung ubi keledek juga boleh mencegah masalah sembelit, meransang masalah pencernaan dan menambahkan suplemen asid folik dalam tubuh yang penting untuk perkembangan janin. Namun, ibu harus kurangkan makanan ruji yang lain setelah mengambil tepung ubi keledek ini bagi mengelak masalah glukosa metabolism.

Postpartum

Anda boleh makan tepung ubi keledek selepas bersalin kerana ia kaya dengan nutrien penting yang sangat diperlukan ibu semas berpantang. Apatah lagi ia boleh membantu merangsang proses pencernaan dan mengurangkan masalah sembelit. Walau bagaimanapun, jika masak menggunakan tepung ini cuba guna minyak dan garam dalam kuantiti yang sedikit.

Breastfeeding

Dibenarkan ambil oleh ibu menyusu. Tepung ubi keledek ini memiliki tinggi kanji, protein, serat dan vitamin yang boleh mencegah ibu dari penyait kardiovaskular dan meningkatkan sistem imun badan. Namun, pastikan ia digunakan dalam kuantiti yang sederhana bagi mengelak lebihan gula yang tidak teratur dalam badan.

Baby

Selepas bayi berumur 6 bulan, anda boleh menggunakan tepung ini ke dalam hidangan si kecil itu. Ia boleh menaikkan selera makan mereka. Caranya anda boleh menggunakan tepung ini dengan menyediakan hidangan snek atau makanan jejari.