Seafood

glass-placeholder

Rumpai Laut Wakame

Seafood

Nutrients

Protein, iodin, asid folik, iodin, serat mentah, asid amino, kalsium, zink, selenium, vitamin A, B, C

Pregnancy

Bakal ibu boleh makan rumpai laut yang dipanggil Wakame. Wakame selalunya dijumpai dalam sup Miso. Ianya lengkap dengan nutrien untuk membuatkan anda sihat dan juga memberi manfaat kepada perkembangan saraf otak bayi.

Postpartum

Ibu-ibu boleh makan wakame dalam tempoh selepas bersalin, tetapi tidak berlebihan. Satu sudu teh penuh wakame setiap hari adalah elok untuk orang dewasa; wakame bukan sahaja tinggi nutrisi, ia juga sangat rendah kalori, pasti anda gembira mengetahuinya! Ia juga membantu pemulihan badan selepas bersalin. Makanan hebat ini membantu membersihkan usus besar dan berfungsi sebaiknya. Jika anda senang terkena masalah penghadaman, makanlah wakame secara bersederhana kerana ianya sukar untuk dihadam.

Breastfeeding

Ibu menyusu boleh makan wakame, tetapi secara bersederhana bersama diet yang baik. Wakame mengandungi lebih daripada sedozen nutrien yang diperlukan dan sangat bermanfaat untuk tumbesaran tulang dan otak bayi. Mengikut kajian dari University of California, rumpai laut wakame boleh merendahkan risiko kanser payudara dan memanjangkan tempoh sebelum menopaus wanita. Ingatlah ibu yang menyusukan anak yang lemah limpa dan perut seeloknya elakkan makan wakame. Makan secara berlebihan juga adalah tidak digalakkan kerana iodinnya yang tinggi boleh menyebabkan hipotiroid pada bayi baru lahir.

Baby

Tidak digalakkan suap wakame pada bayi kerana ia susah dikunyah dan dihadam.