Whole Grains

glass-placeholder

Roti

Whole Grains

Nutrients

Serat, Kalsium, Zat Besi, Tiamine, Niacin, Folat

Pregnancy

Sekiranya anda ingin makan roti, makan roti coklat atau roti bijirin penuh. Ini kerana, roti putih mengandungi kadar gluten yang tinggi dan boleh menyebabkan masalah sembelit. Nutrisi dalam roti bijirin penuh boleh memenuhi keperluan wanita hamil.

Postpartum

Ibu boleh makan roti selepas bersalin dengan memilih roti coklat atau roti bijirin penuh bagi meningkatkan serat. Malah, karbohidrat dalam roti dapat memberi tenaga yang diperlukan ibu untuk cepat pulih selepas bersalin.

Breastfeeding

Roti yang dilabel wholegrain atau wholemeal adalah lebih baik jika dibandingkan dengan roti putih untuk ibu menyusu. Kandungan serat yang tinggi dalam roti ini sangat baik untuk kesihatan pencernaan dan memberi anda tenaga tambahan.

Baby

Pertama, apa yang penting adalah tentukan dahulu sama ada bayi anda alah terhadap gandum atau tidak. Walau bagaimanapun, anda perlu tunggu sehingga bayi berumur 9 bulan untuk memberinya makan roti. Roti coklat atau roti bijirin penuh akan memberi si kecil anda serat yang sangat diperlukan bagi pencernaan yang sihat.