Whole Grains

Quinoa
Whole Grains
Asid Amino, Kalsium, Zat Besi, Fosforus, B Vitamin, Vitamin E, Serat, Asid Folik, Selenium, Magnesium, Zink
Quinoa selamat dimakan semasa kehamilan. Ia menyediakan bekalan nutrisi yang baik bagi wanita hamil dan nutriennya juga meningkatkan perkembangan keseluruhan bayi anda termasuklah pertumbuhan otak.
Selepas bersalin, tubuh perlu mencari banyak nutrien dan mineral yang hilang. Makanan seperti quinoa boleh memberikan nutrien itu kepada keperluan badan ibu seterusnya memulihkan tubuh secara optimum selepas kelahiran. Serat yang tinggi dalam quinoa juga dapat mengelakkan sembelit.
Semasa menyusu, ibu boleh makan quinoa. Ia boleh menambahkan keperluan kalsium dan melindungi dari osteoporosis.
Quinoa boleh diberikan kepada bayi dari usia 8 bulan. Gandum berkhasiat ini menjadikan pemakanan si kecil bertambah hebat setiap hari. Apatah lagi, ia mudah dicerna dan mengandungi banyak mineral penting yang dapat membantu menguatkan kekebalan tubuh bayi dan meningkatkan pertumbuhan si kecil anda.