Nuts

Pistachio (Kacang Cerdik)
Nuts
Kalium, Protein, Serat, Antioksidan, Vitamin B6, Fosforus, Tiamin, Mangan, Zat Besi, Omega-3 Asid Folat, Asid Folik
Boleh dikatakan selamat jika anda makan kacang pistachio secara bersederhana ketika hamil. Tetapi, makan terlalu banyak ketika hamil boleh menyebabkan kesan sampingan pada sesetengah wanita. Jadi makan mengikut kuantiti yang patut.
Sihat untuk anda makan kacang pistachio selepas bersalin dalam kuantiti terhad. Kacang pistachio bantu merangsang sistem imun ibu baru dan juga pemulihannya selepas bersalin. Ia juga sangat elok untuk formasi sel darah merah jadi bermanfaat untuk yang kehilangan darah ketika melahirkan.
Selamat untuk anda makan kacang pistachio ketika menyusukan anak, tetapi makan dengan berwaspada. Kacang pistachio boleh perbaiki kualiti susu badan dan tumbesaran otak bayi. Tetapi biasanya ia diproses dengan garam yang banyak dan bahan makanan tiruan yang boleh memudaratkan jika makan dengan banyak.
K acang pistachio boleh merangsang sistem imun anak yang berusia dan bagus untuk tumbesaran otak--tetapi tidak digalakkan untuk bayi. Kacang pistachio yang dijual di pasar selalunya mengandungi natrium yang merbahaya paad hati dan buah pinggang anak anda, lagi-lagi jika makan terlalu banyak. Tambahan pula, kandungan garam yang banyak boleh menyebabkan komplikasi buah pinggang, dan juga susah untuk dihadam.