Vegetables and Fungus

Lada Benggala Hijau
Vegetables and Fungus
Silikon, Kolin, Fosforus, Tembaga, Mangan, Zat Besi, Vitamin C, K, Folat, dan Karotena
Wanita hamil boleh terus makan lada benggala hijau kerana kandungan silikon di dalamnya sangat baik untuk rambut, kulit dan kuku. Kandungan antioksidan yang tinggi mampu melawan penyakit serta kandungan folat dan nutrien lain bermanfaat untuk perkembangan bayi.
Ibu selepas bersalin boleh makan lada benggala hijau yang kaya vitamin C dan zat besi. Ia membantu penyerapan kalsium dan mencegah anemia.
Ibu menyusu boleh memasukkan lada benggala hijau dalam diet harian. Ia kaya dengan karotena dan pelbagai nutrien serta serat yang melancarkan pencernaan.
Bayi anda boleh disajikan dengan lada benggala hijau sekitar usia 9 bulan apabila sistem percernaannya sudah matang. Kandungan antioksidan yang tinggi melindungi bayi daripada penyakit serta kandungan folat dan nutrien lain sangat baik untuk perkembangan bayi.