Seafood

glass-placeholder

Kerang

Seafood

Nutrients

Lemak yang baik, Mineral seperti Zink, Tembaga, Besi, Magnesium, Protein, Karbohidrat

Pregnancy

Ibu mengandung boleh makan kerang, asalkan tiada alahan dan isinya betul-betul dimasak. Kerang-kerangan mentah adalah sama sekali tidak boleh kerana boleh menyebabkan keracunan makanan yang teruk dan memberi kesan pada bayi. Kerang-kerangan adalah makanan yang agak sihat, asalkan tiada alahan dan kerang-kerangan kaya dengan nutrien yang baik untuk anda dan bayi.

Postpartum

Kerang adalah makanan yang elok dimakan selepas bersalin (asalkan anda tiada alahan). Jika terdapat salasilah keluarga terkena alahan makanan, seeloknya jaganlah makan makanan yang memberi alahan seperti kerang-kerangan sehingga habis tempoh menyusukan anak. Selain itu, kerang-kerangan baik untuk anda kerana kaya dengan protin dan mineral yang anda perlukan ketika sedang sembuh selepas bersalin.

Breastfeeding

Anda boleh makan kerang-kerangan ketika menyusukan anak, tetapi kena lebih berhati-hati jika terdapat salasilah keluarga yang ada alahan. Ia boleh mencetuskan alahan pada bayi anda.

Baby

Kerang-kerangan boleh menjadi makanan tambahan yang elok untuk anak anda asalkan dia sudah bersedia untuk makan makanan pejal (1 tahun ke atas adalah usia yang selamat), tetapi jangan beri bayi anda makan kerang-kerangan sebagai makanan pertama, kerana kerang-kerangan adalah makanan yang terkenal sebagai makanan alahan. Sup kepah atau kupang adalah elok, tetapi jangan makan isinya dan makan nanti bila dah bersedia.