Kacang Walnut
Nuts
Nuts
Walnut adalah makanan hebat dan selamat dimakan ketika hamil kerana manfaatnya banyak untuk fungsi otak.
Bakal ibu boleh mendapat manfaat dari walnut yang bantu memulihkan badan selepas bersalin. Walnut kaya degan khasiat untuk dapatkan kembali diri yang sihat selepas bersalin.
Kacang bernutrisi seperti walnut adalah makanan bagus untuk ibu menyusu, tetapi ada hadnya kerana ia penuh dengan tenaga. Ia boleh perbaiki tumbesaran otak bayi melalui susu badan, dan sangat berkesan merangsang proses tumbesaran bayi anda.
Bayi boleh makan walnut, tetapi seeloknya suapkannya dalam bentuk serbuk atau dilembutkan untuk elak tercekik. Walnut membantu tumbesaran otak bayi, tetapi ingat, tunggu sehingga berusia 1-2 tahun baru boleh diberi makan walnut.