Nuts

glass-placeholder

Kacang Hazel

Nuts

Nutrients

Vitamin B1, B2. B6, E, dan K, Folat, Fosforus, Potassium, Zinck Mono- dan Lemak Polyunsaturated, Omega-6, Asid Lemak Omega-9, Kalsium, Zat Besi, Selenium, Kromium, Magnesium, Omega-3

Pregnancy

Sangat bermanfaat untuk wanita hamil makan kacang hazel. Kacang hazel elok untuk bakal ibu dan juga janin, dengan semua nutrien yang ada, ia boleh bantu merangsangkan lagi sistem imun bayi dalam kandungan anda.

Postpartum

Sangat bermanfaat untuk ibu lepas bersalin makan kacang hazel sewaktu berpantang. Ianya bukan sahaja sihat untuk ibu baru, malah baik untuk proses pemulihan. Tetapi, ibu baru hendaklah hadkan jumlah pengambilan kerana jika berlebihan akan menyebabkan badan terasa panas.

Breastfeeding

Kebiasannya kacang hazel selamat untuk ibu menyusu yang tidak pernah ada masalah alahan pada kacang. Ibu menyusu boleh mendapat manfaat daripada kacang hazel ketika menyusukan anak, kerana nutrien yang terkandung boleh membantu tumbesaran otak bayi yang sedang membesar. Tetapi, ibu selepas bersalin hendaklah hadkan pengambilan kacang hazel untuk elakkan badan terasa panas.

Baby

Kacang hazel tidak sesuai untuk bayi. Anda harus perhatikan juga jika terdapat reaksi alahan pada bayi anda. Makan berlebihan boleh menyebabkan badan terasa panas jadi harus dielakkan.