Serat, Protein, Zat Besi, Lemak, Vitamin E dan B12, Mangan, Magnesium, Vitamin B2 (Riboflavin), Fosforus, Karbohidrat, Serat, Kalium, Kalsium, Zink, Omega 3
Kacang badam selamat untuk wanita hamil makan tetapi bersederhana. Makan kacang badam secara mentah berlebihan boleh menyebabkan kelahiran pramatang. Serat dalam kacang adalah penting untuk penghadaman manakala Vitamin E boleh menjaga kecantikan kulit dan rambut.
Kacang badam adalah makanan yang ideal semasa berpantang kerana banyak nutrien yang terkandung. Biasanya ia selamat bagi wanita yang tidak pernah ada alahan.
Biasanya kacang badam selamat bagi wanita yang tidak pernah terkena alahan. Kacang badam boleh bantu dalam pengeluaran susu badan jika dimakan ketika masih segar.
Untuk bayi yang tiada alahan pada kacang, berilah kacang badam kerana ia adalah pilihan snek yang bagus! Kacang badam boleh dihancurkan atau dijadikan pes dan disuap dalam bentuk serbuk. Beri anak anda kacang badam dalam kuantiti yang sedikit tidak ada sebarang risiko. Cuma pastikan bayi anda tidak tercekik dengan ketulan kacang badam.