Meat and Protein

glass-placeholder

Daging

Meat and Protein

Nutrients

Protein, Zink, Kalium, Zat Besi

Pregnancy

Nutrien dalam daging menambah imuniti badan wanita hamil, dan mencegah kekurangan zat besi. Daging boleh dimasak dalam pelbagai cara, contohnya: direbus, direneh, dipanggang atau digoreng. 50 hingga 100 gram daging setiap hari sudah mencukupi. Pastikan daging dimasak sempurna kerana daging yang separuh mentah mengandungi bakteria bahaya pada janin.

Postpartum

Lepas bersalin, daging antara pilihan makan yang bagus untuk dimasuk dalam diet. Nutrien dalam daging menguatkan imuniti badan ibu, dan mencegah penyakit seperti anaemia (kurang zat besi).

Breastfeeding

Ibu menyusu dapat banyak faedah jika makan daging! Ia boleh mengelak anaemia, malah menggalakkan tumbesaran otot. Anak anda juga boleh menyerap protein dari susu badan, apabila ibu selalu makan daging.

Baby

Bayi yang berusia 6-8 bulan boleh makan daging yang dimasak, dikisar atau puri daging. Tapi hati-hati ketika menyediakan hidangan ini. Potong daging kecil-kecil, dan pastikan ia dimasak sempurna. Anda tak mahu ada bakteria bahaya yang masuk dalam sistem pencernaan bayi. Bila bayi sudah mula makan daging, bolehlah protein dan zat besi yang ada dalam daging diserap olehnya!