Vegetables and Fungus

Cendawan Enoki
Vegetables and Fungus
Asid Amino, Zink, Kalsium, Zat Besi, Protein, Vitamin B, Vitamin C, Carotenoids
Wanita hamil boleh makan cendawan enoki keranan ia tergolong dalam makanan yang selamat dan sihat. Walau bagaimanapun, cendawan secara umumnya mengandungi karsinogenik jika dimakan secara mentah. Jadi sebaiknya masak enoki dengan baik. Cellulose yang terkandung dalam enoki bermanfaat untuk perkembangan otak dan tulang bayi, meningkatkan metabolisme tubuh, mencegah senak serta bagus untuk peredaran darah.
Ibu lepas bersalin boleh ambil cendawan enoki kerana wanita hamil terdedah dengan tekanan darah tinggi, sembelit dan edema. Tetapi jika ibu makan cendawan secara teratur ia dapat mengurangkan kolesterol, meningkatkan metabolisme dan bantu masalah pencernaan.
Ibu menyusu disarankan untuk makan cendawan enoki bagi meningkatkan pengeluaran dan kualiti susu ibu dan merangsang perkembangan otak dan intelektual si kecil.
Bayi boleh makan cendawan enoki sekiranya sudah berumur enam bulan ke atas tapi jangan perkenalkan terlalu awal. Namun, disebabkan enoki sukar dicerna maka ibu perlu sediakan dengan struktur yang lebih lembut dan halus. Selain, perlu dibersihkan atau dimasak sempurna. Nutrisi dalam cendawan boleh meningkatkan perkembangan tulang kanak-kanak dan mencegah anemia. Apabila memilih cendawan, pastikan anda memberi perhatian pada warna dan bau.