detail mode
Bantuan Car Seat dengan Berjaya Sompo & Crolla
Tarikh Mula:: 2021-10-01Tarikh Tamat:: 2021-10-31 23:59:59

10 car seat kanak-kanak khas untuk keluarga kurang berkemampuan

  1. Klik “Sertai” di bahagian pertandingan aplikasi theAsianparent Malaysia.
  2. Pastikan semua maklumat peribadi tepat dan terkini.
  3. Komen umur anak anda dan mengapa anda memerlukan sebuah car seat, di post rasmi di aplikasi theAsianparent Malaysia: https://community.theasianparent.com/q/10-car-seat-percuma-kami-akan-berikan-kepada-mereka-yang-teristimewa-bulan/3595518
  4. Setiap Peserta hanya dibenarkan menulis komen / jawapan SEKALI sahaja.
  5. Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau tidak tepat akan hilang kelayakan secara automatik.

Terma & Syarat:

Terma & syarat yang lengkap boleh didapati dalam Bahasa Malaysia di sini dan Bahasa Inggeris di sini

  • Peserta mesti warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
  • Pekerja BSIB dan theAsianparentMY atau syarikat berkaitan dan ahli keluarga terdekatnya (pasangan, anak-anak, ibu bapa, atau adik-beradik) TIDAK layak untuk menyertai Giveaway.
  • Hanya isi rumah dengan pendapatan gabungan RM4,000 dan ke bawah yang layak untuk Giveaway ini.
  • Hanya peserta yang memiliki kereta sahaja yang layak. Model kereta peserta perlu dinyatakan sekiranya anda telah disenarai pendekkan.
  • Peserta perlu menyatakan usia anak mereka; hanya keluarga yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak di bawah umur 7 tahun yang layak.
  • Peserta yang disenarai pendek perlu memberikan dokumentasi berikut bagi tujuan pengesahan:
  • Bukti pengenalan diri (Kad Pengenalan)
  • Sijil Pemilikan Kenderaan (Pendaftaran JPJ)
  • Surat beranak anak 
  • Penganjur berhak meminta untuk melihat dokumen asal dan/atau dokumen/ bahan sokongan asal lain daripada pemohon bagi tujuan pengesahan.
  • Semua penyerahan mesti diterima selewat-lewatnya atau pada 31 Oktober 2021, 11.59 pm. Semua penyertaan yang diterima selepas tarikh ini tidak akan diambil kira.
  • Peserta perlu menulis komen dalam pautan posting di aplikasi theAsianparent Malaysia sebab-sebab mereka memerlukan tempat duduk kereta ini dan berapa umur anak / anak mereka.
  • Seorang pengguna boleh mengambil bahagian dalam Giveaway ini hanya sekali sahaja. 
  • Peserta mesti memastikan bahawa semua maklumat butiran yang diberikan adalah sah dan terkini. 
  • Peserta yang tidak memenuhi kriteria di atas akan hilang kelayakan penyertaan.
  • Pemilihan dilakukan mengikut budi bicara pihak penganjur berdasarkan maklumat lengkap dan tepat yang diberikan oleh peserta.
  • Dengan menyertai Giveaway ini, peserta bersetuju untuk tidak menjual atau menderma Hadiah yang dimenangi. Sekiranya penganjur mengetahui bahawa sebarang penipuan atau pemalsuan telah berlaku, pemenang (benefisiari) perlu mengembalikan Hadiah dan akan hilang kelayakan untuk menyertai sebarang pertandingan dan giveaway di masa hadapan oleh pihak Penganjur.