Tika Samat profile icon
SilverSilver

Tika Samat, Malaysia

Contributor

About Tika Samat

Ibu to Muhammad Aqil Danial

My Orders
Posts(2)
Replies(3)
Articles(0)
RAMAI YANG TANYA MACAM MANA & BILA NAK DETECT ANAK DELAY KE TIDAK ? Okay saya bagi roughly idea berkenaan macam mana nak detect anak delay bercakap ya, caranya senang sahaja macam ni : 1) Compare anak dengan child normal development chart. Boleh google atau tgk dalam buku check up Klinik Kesihatan anak-anak. 2) Cara senang camni : ✅ Untuk umur setahun patut sudah boleh hasilkan first word ( perkataan bermakna contohnya : mama refer pada ibunya) kalau selepas 1tahun 6bulan anak masih belum ada first word, itu dah masuk kategori delay. ✅ Untuk umur 2 tahun pula patut anak-anak sudah mula boleh combine kan perkataan jadikan ayat 2 PATAH PERKATAAN. Contohnya : nak susu, mama nak, jom tido dan lain lain, kalau sebutan pelat takpe lagi time ni. Kalau sudah 2tahun 6bulan masih belum boleh buat ayat lagi , dah masuk category delay Bahasa. ✅ Untuk umur 3 tahun anak sudah start buat ayat 3 PATAH PERKATAAN. Contohnya : nak makan roti, mama jom makan dan lain lain lagi. Kalau sudah 3tahun 6bulan masih tak boleh combine 3 patah perkataan. Itu dah masuk category delay. ✅ Untuk umur 4 tahun sudah start bercerita dah, dan ayat yang anak hasilkan 4 patah perkataan dan keatas. ✅ Untuk umur 6 tahun dah macam perbualan seperti orang dewasa dan boleh jawab kebanyakan jenis soalan yang kita tnya. Apa, siapa, kenapa, mcm mana, bila & berapa. Kalau masih tak boleh dah masuk category delay. Delay bahasa pun ada peringkat jugak tau. Ada yang ringan, sederhana & teruk. Tapi bergantung kepada berapa jarak umur semasa dengan kemahiran bahasa semasa. Yang saya bagi ni skill minimum yang kanak-kanak patut ada ya. Kalau lebih lagi bagus. Jadi jangan takut untuk check dan buat assessment untuk tengok performance anak tau. Start dari awal, improvement akan lebih cepat dan lebih banyak masa untuk kejar umur nak masuk sekolah. boleh follow page aishah kassim kt fb. byk info dan tip bantu ank utk berckp
Read more
 profile icon
Write a reply