Hi Moms! Harini bawa wife pergi buat detail scan (baby week 22). Alhamdulillah, all good dan tidak ada apa2 abnormal. Sepanjang 35 - 45 minit scan, kita dapat tahu keadaan beberapa perkara antaranya, jantung baby (injap, degupan, aliran darah) anggota badan (organ utama dan dalaman) dan banyak lagi maklumat dari detail scan ni kita akan perolehi. Sewajarnya kita lakukan detail scan ni seawal 22 ke 28 minggu. Jika selepas 28 minggu masih boleh, namun kebarangkalian untuk kelihatan lebih jelas agak samar, kerana baby sudah cukup membesar dan padat. 🤭 So, just nak share to all moms, PERLU atau TIDAK detail scan ini? Ia adalah pilihan, namun jika ada kemampuan disarankan buatlah. Andai kata ada apa2 komplikasi dan sebagainya seawal kehamilan kepada baby khususnya, kita dapat membuat persediaan awal sebelum dan selepas baby bersalin. Untuk kos pula dalam lingkungan RM130 ke RM160 bergantung pada klinik. Dan tidak semua klinik ada perkhidmatan detail scan. Kalau moms yang berada sekitar JB, boleh pergi ke MyFamily klinik. Harap, perkongsian mudah ini dapat memberi manfaat pada moms semua. #DetailScan #Scanbaby #MomsandDads #FirstBaby
Read moreMy Orders