Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Spotting hitam
Salam semua.. sy musykil sbb ni kali pertama jadi. Sy ada anak 2 org, yg bongsu dah 2 tahun. Tapi sy tak pernah ada spotting darah masa dpt tau pregnant. Sekarang sy lewat period 8 hari.. pagi ni sy tengok ada darah warna coklat pekat mcm nutella - nak ke warna hitam sikit. Tak banyak pun saiz mcm telur ikan kembong je. Tekstur die mcm susu basi tapi tak busuk. Sy baca2 pengalaman orang, ada yg kata spotting tanda pregnant ada yg kata tanda gugur. Sy jadi risau kalau gugur. Sedih laa walaupun sy merancang (pakai iucd dah setahun-depo setahun) tapi kalau Allah nak bagi anak lagi sy nak. Merancang sbb nak cukup kan susu badan anak 2 tahun & sy ada sejarah post partum. Rasa2 perlu ke pergi jumpa doc/tunggu sehari 2? So far takde sakit perut. Just mcm cramp sikit2, malam mual sakit kepala.