Salam & hi, saya nak tanya. Saya dah lewat period 14 hari, seminggu sebelum tu saya ada buat UPT keputusan meragukan ( satu hari +ve dan satu hari lagi -ve ). Masuk dua minggu saya lewat which is semalam, saya start demam dan hidung tersumbat (tak ada hingus) cuma dia pening pening gitu je. Saya pernah keguguran 20 April tahun ni, saya malas nak berharap ☹️ Saya nak makan ubat selsema tapi suami saya tak bagi katanya ubat tu kuat, suami saya pula yang risau, dia bawak saya ke KK dan nurse di situ soal saya macam macam mengenai UPT yg saya guna, nurse kata mungkin kurang valid sbb saya beli yang 80sen bundle di Tiktok tu (harga 80sen saya beli banyak banyak), nurse juga minta saya tunggu lagi 2 minggu oleh kerana kandungan (sekiranya mengandung) baru berusia 6w+ jadi dia minta tunggu 8w keatas. Saya was was sebab saya tak ada sakit apa apa mcm first pregnancy dulu, cuma simptom yang ada perut saya akan keras bila berjalan banyak & selepas makan. Angin semua tu takda alhamdulillah. Jadi macam mana ya keadaan saya ni? #Needadvice #askmommies #firsttimemom #mohonbantujawabbunda
Read more
Bacaan Bhcg statik selepas keguguran
Salam & hi, saya nak bertanya.. mengenai bacaan bhcg. Pada mulanya bacaan bhcg saya 281, selepas seminggu lebih saya turun discharge brownish & fresh blood saya disahkan keguguran pada 20/4/25 dgn bacaan hcg menurun menjadi 123. Saya ke hospital semula pada 28/4/25 utk ambil darah dan pada 29/4/25 saya dimaklumkan bahawa bacaan bhcg saya masih sama/statik pada 123. Adakah ini normal? Berapa lama bacaan akan menurun selepas keguguran? Terima kasih kepada yg menjawab & membantu ☺️ #firsttimemom #Needadvice
Read more
1st trimester keluar darah brownish & after 1 week jadi warna fresh blood
Saya first time pregnancy & masa check upt pun dah 5w kalau ikut dari tarikh last period. Masuk minggu ni saya dah 7w. Saya dah pergi klinik dan dr tak ada cakap apa apa cuma dr suruh monitor utk berapa lama darah keluar. Saya risau sangat sbb saya tak tahu any precautions, saya tak ada org tua di rumah untuk bertanya. Kemudian masuk hari ke 5 saya direct ke hospital utk bertanya, scan atas bawah. Tapi dr cakap dalam semua normal cuma kantung tak nampak lagi. Saya kena buat upt & hcg, both menunjukkan saya pregnant, tapi darah masih turun. Saya tiada simptom kesakitan apa apa, melainkan kembung perut. Apa saya perlu buat ya mommies, saya risau sangat 😞 #firstmom #firsttiimemom #advicepls #Needadvice
Read more