Daddy Gabe profile icon
BronzeBronze

Daddy Gabe, Malaysia

Kontributor

About Daddy Gabe

Daddy of 1 naughty cub

My Orders
Posts(1)
Replies(0)
Articles(0)

sedikit cerita dr fb.

Seram sungguh saya bila dapat tahu rupanya sekarang ni anak kita bukan cuma berdepan dengan pemangsa kanak kanak sahaja tetapi sekarang ni ada juga Digital Kidnappers. Saya sendiri pun baru tahu ni. Aduh! Dulu kita biasa dengan istilah penculik kanak kanak je kan. Itu berlaku secara fizikal tetapi sekarang ni ianya boleh berlaku juga tetapi secara digital je. Ini yang kita namakan sebagai Digital Kidnapping. Mereka akan ambil gambar anak kita yang kita selalu post di media sosial. Mereka akan 'culik' gambar dan identiti anak kita dan jadikan seolah olah ianya adalah identiti anak mereka. Digital Kidnappers ni akan re-upload balik gambar anak anak kita tu nanti ke media sosial mereka dan mereka jadikan anak kita tu sebagai anak anak mereka! Yang lebih seram lagi kalau mereka dah berkenan pada sorang budak, maka budak itu akan 'diintip' dan dijadikan anak mereka daripada kecil sampailah dewasa. Saya tak kata tak boleh upload langsung gambar anak tetapi tolong berhati hati sangat, tapis friendlist dan limitkan akses gambar anak anda terutamanya kalau kita rasa ada sesuatu yang tak kena. Tolong jangan buat benda ni : ❌ Dedahkan lokasi sekolah anak ❌ Dedahkan lokasi rumah anak ❌ Dedahkan lokasi perjalanan anak anak ❌ Dedahkan gambar aib anak ❌ Dedahkan gambar bogel anak ❌ Dedahkan nombor kad pengenalan anak ❌ Dan lain lain maklumat yang boleh mendedahkan anak kita kepada Physical mahupun Digital Kidnappers Tolong sebarkan info ni kepada mak ayah yang lain ya sebab saya rasa tak ramai lagi mak ayah alert tentang Digital Kidnapping ni. - Taufiq Razif - Nota kaki : Tolong belajar juga tentang tentang ilmu Parenting/ilmu mendidik anak. Ada lebih 157,000 mak ayah yang belajar ilmu parenting di Telegram Channel saya secara PERCUMA setiap hari. Klik link ni untuk ke sana ? t.me/NotaTaufiqRazif

Read more
 profile icon
Write a reply