Pantang 44hari tu pantang dr segi apa je ye? Bole detailkan?

Yg saya tau pantang bersama suami.. ni biase saya buat lebih skit sbb masih ngeri nk bersama.. Kalau pantang mkn tu mmg kene 44 hari ke? Apa yg kene pantang sbnarnya ye? Saya dr bersalin smpai la hari ke 8 duduk di wad. Wad bersalin then sambung Nicu. Makan, terus terang saya ckp, saya mkn je apa yg diberi hospital. Ayam rendang, ayam tomyam, ayam kicap, ayam kurma.. buah tembikai pun saya taram je.. Maklum la berpantang sendiri. Hsptl dgn rmh jauh. Husband hnya boleh dtg wktu melawat jam 5ptg sbb urus anak bersekolah.. So saya mls nk susahkan dia. Saya mkn je la apa yg ada. Alhamdulillah bdn ok, jahitan ok, baby ok.. Bila dah balik rumah, saya masak mcm biasa cuma x pedas.. Pedas pun blackpaper je tp bkn utk semua menu.. Bila bole start mkn pedas ye? Cth mcm sambal nasi ayam, smbal nasi lemak.. ini lps 44hari ke? Kalau dlm lauk biase sy ada guna lada bsr merah/lada bsr hijau. X pedas.. Keluar rmh dgn baby pun lps 44 hari ke? Saya lasak skit kali ni.. sbb kuar nicu, mmg kene ke kk selang sehari + suami singgah kedai saya ikut gi cri brg keperluan.. Dan masa hari ke 10 saya travel balik rmh mertua utk 2 hari.. Jd pantang 44hari tu dr segi apa ye, utk saya & baby ? Bole jelaskan tak.. maaf bkn pertikai, maklum la berpantang sndiri jd serba serbi terkurang terlebih.. Klu dlu ade mak jaga, ada adik belikan brg.. Skrg semua sndiri..

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Soalan dari ibu-ibu yang baru bersalin bila dihidangkan makanan di hospital. 1) Selepas bersalin, boleh ke makan kuey teow sup? 2) Selepas bersalin, boleh ke makan roti? 3) Selepas bersalin, boleh ke makan telur? 4) Selepas bersalin, boleh ke makan nasi berkuah? 5) Selepas bersalin, boleh ke makan tembikai? 6) Selepas bersalin, boleh ke makan ayam? 7) Selepas bersalin, boleh ke makan bihun?8)Selepas bersalin, boleh ke makan nasi goreng? 9) Selepas bersalin, boleh ke makan buah betik? 10) Selepas bersalin, boleh ke makan sayur kobis? Jawapan saya: Inilah semua makanan yang dihidangkan kepada ibu-ibu yang baru bersalin di hospital-hospital. Makanan ni bukannya haram. Makanan ini tak ada racun. Makanan ini tak dicampur dengan ubat-ubat apa-apa pun, janganlah buat fitnah. Doktor tak pernah larang anda makan makanan ini. Buat penat saja kami kerja kuat tak tidur malam menjaga anda semua semasa bersalin dan memastikan anda sihat, tak kan lah kami nak berikan anda makan makanan yang boleh memudaratkan anda. Janganlah buruk sangka kepada doktor-doktor yang kata boleh makan, tak payah pantang makanan berkhasiat. Janganlah buruk sangka kepada saya yang tak pernah melarang pihak hospital menghidangkan makanan-makanan berkhasiat ini kepada anda. Jawapannya ialah boleh boleh boleh boleh boleh boleh boleh boleh boleh boleh makan, silakan makan. Saya sayang kepada ibu-ibu yang baru bersalin. 💕 Enjoy naaaa mummies. You deserve it. p/s: Lepas tu, ada yang tanya…..errrr lepas Czer pun boleh? Laaaa tak ada beza langsung makanan selepas bersalin normal dan makanan selepas pembedahan Caesarean Section. Boleh boleh boleh boleh boleh boleh boleh boleh boleh boleh makan, silakan makan. Ibu selepas Caesarean Section pun enjoy naaaaa. You deserve it too and I love you too 💕

Baca lagi