Info
Tolong jangan buat tak tahu kalau anak mengadu gatal dekat bahagian dubur! Banyak dah kes macam ni berlaku sebelum ni. Awalnya kanak-kanak tu setakat mengadu gatal. Tapi disebabkan tak ada siapa yang ambil endah, lama kelamaan simptom jadi makin teruk. Ada yang perangai berubah tiba-tiba asyik mengamuk. Muka pun pucat je dan kerap menangis sebab sakit perut. Rupa-rupanya bila dibawa periksa anak tu sedang mengalami jangkitan cacing. Itu mungkin kira okay lagi. Ada kes yang lagi menyeramkan sampai terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan hospital. Baru je lagi berlaku tahun lepas. Ikutkan apa yang diberitahu oleh doktor yang merawat budak tu, awalnya dia cuma mengadu demam dan susah nak berak. Namun selepas beberapa hari keadaannya merosot teruk. Tubuhnya jadi makin lemah dan jantungnya berdegup laju. Paling mendebarkan bila dia mula susah nak bernafas sampaikan perlu bantuan oksigen. Kemuncaknya kanak-kanak malang tu termuntah beberapa kali hingga terkeluar 3 hingga 4 ekor cacing yang panjang-panjang saiznya! Masa tu doktor suspect dah ada banyak cacing yang membiak kat dalam perut sebab boleh nampak perut budak tu dah jadi kembung. Fuh! Sebab tu saya harap mak ayah tolong peka betul-betul kalau anak mengadu ada rasa yang tak selesa. Anak yang alami kecacingan ni kadangkala kita boleh nampak dia cepat penat, selalu hilang selera makan, perut kembung, gatal-gatal di bahagian anus dan berat badan sukar naik. Penyakit ni senang sangat berlaku pada anak-anak kecil lagi lagi yang selalu tak cuci tangan dengan bersih sebelum suap makanan atau sering tak pakai selipar masa bermain pasir atau tanah. Bayi pun tak terlepas. Mudah dijangkiti sebab mereka pun suka masukkan jari ke dalam mulut lepas bermain dengan sesuatu. Tolong ajar betul-betul anak kita untuk jaga kebersihan dan bawa mereka untuk dapatkan ubat cacing at least sekali seumur hidup. Bantu saya #sebarkan ilmu penting ni pada mak ayah yang lain ya. Kredit: Dr Ahmad Luqman Bukhari.