Manjakani

Hi.. Sy dalam pantang.. Ade yg pnh pmai serbuk manjakani x? Kasi feed back sket.. Gatal2 or mcm mane.. Rsau lak nk msk kan dlm miss v

16 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan. Untuk makluman anda, anda tidak disarankan untuk memasukkan sebarang bahan atau objek asing ke dalam faraj seperti serbuk manjakani ini kerana dikhuatiri akan menyebabkan keradangan atau jangkitan. Untuk menyembuhkan luka selepas bersalin, anda hanya perlu menjaga kebersihan dengan kerap mengganti pakaian dalam, mencuci faraj dengan air dan tidak menggunakan produk wangian atau cucian faraj yang berkimia tinggi. Makan makanan yang berkhasiat dan kaya protein bagi membantu mempercepat penyembuhan luka. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi
6y ago

Ok. Tq doc atas penerangan 😊