Husband antivaxx

Stressnya bila dapat husband activaccine. Rasa sedih nak menangis bila husband tak kasi ambik vaccine sedangkan dah dapat date utk vaccine. Saya dah 26weeks pregnant and due bulan 11 ni. Saya risau dgn keadaan covid sekarang makin teruk. Boleh tak mommies bagi kata semangat and advise utk saya hadap benda ni 😔

14 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

dulu suami saya pun tak bagi ambik vaksin katanya nak ambik tunggu lepas bersalin,Tahu² saya dah dapat tarikh vaksin saya pun pergi je untuk keselamtan saya dgn baby dah balik baru saya bagitahu dia.Bukan apa keadaan sakarang dah darurat ramai ibu mengandung kena covid dn trpaksa ditidurkan baby tak ckup bulan lagi dah kena keluarkan demi selamatkan ibu dgn baby.Haritu dekat majalah 3 dah keluar tentang ibu preggy kena covid takut sangat saya tgok waktu tu ada yang baby sahaja selamat ibu dia tak dapat diselamatkan..Jadi ambillah vaksin cepat mungkin untuk elak benda² yang kita taknak. Sekurang kurangnya bila ada vaksin kita kena covid pun tk seteruk stage 4,5 orang kata masih dalam stage yg tak teruk dan terkawal 🤗

Baca lagi
VIP Member

assalamualaikum puan tanpa nama... em puan jgn stress2 k tak baik utk kesihatan puan... puan cuba nanti tnjuk dekat husben puan tentang link saya sharekan ni ada mommy to be share pengalamn dia sbgai pesakit covid dengan video dari ada sorg doc ni terangkan ttg vaksin . harap dengan perkongsian link ni..dpt buat husben puan terbuka hatinya utk bg puan ambik vaksin... mg dpmudahkan segalanya...Allahuma aamiin ni link ada mommy to share ms dia kuarantin di maeps.. https://community.theasianparent.com/q/siapa-ibu-mengandung-belum-ambik-vaksin-tapi-due-date-dah-dekat-due-date-saya/3482679?d=android&ct=q&share=true ni video tentang vaksin.. sangat2 bagus dengar perkongsian doc ni.. 😉✌🏻 https://www.facebook.com/DrManTtdi/videos/652692565705085/

Baca lagi
Post reply image

Assalamualaikum. Semoga dilembutkan hati suami sis utk sis dptkn vaksin. Husband sy pun awal2 takut nk bg sy ambil vaksin sbb haritu kerajaan ckp bahaya ibu mengandung ambil vaksin lps tu skrg kerajaan ckp boleh pula. Husband takut kena ke baby. Sy pun terangkan kebaikan vaksin seperti yg kt klinik kesihatan terangkan kt sy. Sy siap tunjukkan artikel2 & kes yg berkaitan tentang bahayanya ibu hamil +ve COVID-19 & terpaksa dimasukkan ke ICU. Ada kes ibu selamat, anak terpaksa dilahirkan secara C-Section sbb ibu dah x bolh bernafas dgn baik mcm kes viral haritu. Alhamdulillah sy dh dpt 1st dose & suami sgt2 hrpkan sy dpt 2nd dos sebelum bersalin. Skrg dh 32Weeks. In Sha Allah 2nd dose hujung bln nnt. Semoga dipermudahakan urusan sis.

Baca lagi

Suami kurang pengetahuan & ego tak mahu terima cadangan serta pendapat org bijak. Yg buat kajian, hasilkan & suruh ambil vaksin semua org bijak. Selain berdoa, cakap pada suami yg orang pregnant senang kena penyakit sbb sistem pertahanan badan tengah down & kalau sis kena COVID jgn menyesal kemudian hari. Lepas sembuh sekalipun drp COVID body tak kan pernah sama mcm sebelum kena COVID. Kalau dia masih tak boleh berfikir & tak syg sis serta anak tak tahulah. Tapi mohon jauhkan lah sis drp COVID. Amiin.

Baca lagi

Puan boleh slow pujuk suami. tunjukkan data drp dr pasal pregnant yang dah meninggal sebab covid. kalau tak silap saya 40 orang dah meninggal pregnant . Minta keluarga pujuk suami.Untuk keselamatan puan dan kandungan. Hari ni pula dapat berita siti sarah masuk icu. dia tengah pregnant.

VIP Member

ni saya share mira filzah ada share dkt ig story dia..byk skrng ibu2 hamil yg berisiko utk dpt covid tu tggi... hrp yg ni pn dpt bntu puan tnjuk pd husben puan..pling apa pn suh la husben pun tgk apa berlaku pd siti sarah harini..bila d jangkiti covid risiko pd ibu hamil bagaimana...

Post reply image

take care sis . try lah slow talk .. hopefully takde apa2 . banyak doa and redha .. relax je okay . jangan overthinking, amik precautions yang lain juga. saya pun nak amik vaksin dgn husband last month tapi dia tak bagi . bila slow talk dia kata dia bagi kalau pfizer je hahaha

TapFluencer

Banyakkan berdoa agar dilembutkan hati suami puan. Banyak tunjukkan kebaikkan vaksin pada suami & perkara2 yg tak diingini berlaku atau akibat jika puan terdedah pada covid kerana tanpa vaksin potensi untuk dapat virus tu lebih tinggi..semoga urusan puan dipermudahkan.. ❤️

3y ago

Maaf ye puan shazz..jgn salah faham pulak..sy hanya bagi kata2 semangat pada bakal ibu ini..tak ada siapa nak lawan undang2 Allah. Sy tak kata vaksin wajib. Sy cuma bg cadangan agar diberi pencerahan yang lebih pada suami TT sebab puan TT ni nak vaksin tapi suami nye taknak. Kalau suami taknak lantak dia lah, tapi tolong bg kebenaran dekat isteri. Betul ape yang puan cakap tu semua ni usaha dan percayalah pada “kun fa ya kun”. Betul ramai juga yang dijangkiti walau dah divaksin tapi simptom nya tidak seteruk yang tak divaksin. Takpe puan TT, jangan stress2 ya..it’s okay..kalau suami tak bagi juga puan cancel dulu appointment & bagi alasan tak dapat kebenaran suami. Sementara nak tunggu date baru, puan berusaha & doa banyak2 agar dilembutkan hati suami & terus menerus bagi pencerahan..tapi kalau x jalan jugak takpe la puan..jangan kecewa stress semua tu..teruskan berdoa agar puan & kandungan sentiasa dibawah lindunganNya. Semoga urusan puan dipermudahkan ya..

Takper puan.. insya allah bolh .. puan terus kuat dan meminta pada allah.. insya allah , allah lembutkn hati suami puan.. dan kita smue di lindungi dari penyakit covid ini.. setidaknya kita berusaha

klau kandungan masih awl blh vaksin nurse yg ckp...klau kandungan 32mggu dah x blh vaksin mgkn ada bhya nya...