Nasihat Kesihatan Seluruh Keluarga daripada Dr. Imelda Balchin

Sila kongsi untuk sampaikan kesedaran ini untuk kesihatan seluruh keluarga. Jika pasangan suami-isteri ada masalah kesuburan, penjual produk akan tuduh orang perempuan saja yang ada masalah dan akan suruh perempuan ‘cuci rahim’ atau ‘kuatkan rahim’ dengan produk yang dia jual untuk keuntungan diri sendiri. Adakah ini nasihat yang baik untuk wanita-wanita kita? TIDAK. Tidak ada rahim wanita yang perlu dicuci. Adakah rahim yang tidak kuat itu penyebab ketidaksuburan wanita atau keguguran awal? Jawapannya TIDAK. Adakah orang lelaki mendapat cukup nasihat kesihatan untuk membantu kesuburan mereka? TIDAK. Apakah nasihat untuk orang lelaki supaya boleh meningkatkan kesuburan? 1) Berhenti merokok. 2) Berhenti minum arak. 3) Cegah obesiti (jika obese kurangkan berat badan ke tahap yang sihat). 4) Kawal Diabetes jika anda ada Diabetes. 5) Jangan pakai seluar ketat-ketat. 6) Jangan ambil anabolic steroid untuk membesarkan otot badan. 7) Jangan lupa ambil vaksin MMR jika tidak pernah terima vaksin, untuk mencegah penyakit yang boleh menyebabkan keradangan buah zakar. 8)Jika isteri buat temujanji di klinik infertiliti untuk rawatan kesuburan, suami wajib ikut sekali untuk menjalankan ujian kesuburan bersama isteri. It takes two to tango. Kesihatan kedua-dua suami dan isteri adalah penting untuk kehamilan yang sihat dan zuriat yang sihat.

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

👍👍