Minggu 36 masih bekerja?

Siapa yang masih bekerja? Korang amik cuti awal tak?πŸ˜‚ due 18/10 tpi ya Allah tak larat sungguh. Btw saya work as cikgu. Tak larat nak naik turun tangga kelas.

8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya pun cikgu n masih bekerja, hari2 ulang alik pergi sahaja 1 jam 30 minit ke tempat kerja. πŸ˜‚ Due lambat lagi 26. 10 tapi kena serah diri awal, 38 weeks dah kena serah diri sbb gdm. Tapi dia punya penat n tak larat tu nauzubillah. πŸ˜‚ Mengajar pun duduk je takleh berdiri, cakap apatah lagi mengah2 semput. Selalu je minta maaf kat pelajar sbb cikgu kena duduk nak mengajar, tak larat nak berdiri lama2. πŸ˜‚ Nak cuti awal lagi dr tarikh serah diri tak boleh, hadap jela. πŸ˜‚

Baca lagi
1y ago

Kalau gdm on ubat, kena serah diri awal sis 38 weeks, kalau gdm on insulin kena serah diri 37 weeks, kalau gdm on diet pula kena serah diri sehari sebelum. Ni yang doktor bgtau saya la. Anak first dulu sy serah diri awal sehari dr due date sbb gdm on diet.