Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Nor Elyana Noordin, Pakar Runding Obstetrik & Ginekologi Sunway Med

Sesi Tanya Pakar kini kembali lagi bersama dengan seorang pakar daripada hospital yang tidak asing lagi iaitu Dr.Nor Elyana Noordin, Pakar Runding Obstetrik & Ginekologi daripada Sunway Medical Centre Velocity. Tanya soalan anda tentang kepentingan Asid Folik pada 26 Januari 2021 jam 3 petang untuk dapatkan jawapan secara terus daripada pakar yang kami bawakan khas untuk anda. Baca lebih lanjut di sini : https://my.theasianparent.com/kepentingan-asid-folik/web-view *NOTA : Segala persoalan diluar daripada tajuk dan melebihi waktu yang disiarkan, berkemungkinan tidak akan dijawab dan dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Nor Elyana Noordin, Pakar Runding Obstetrik & Ginekologi Sunway Med
51 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi doktor, kalau kita dah ambil sayur-sayuran yang kaya dengan asid folik setiap hari.. Boleh ke kita skip asid folik dalam bentuk tablet ni yaa?

5y ago

Hi, saya syorkan untuk ambil tablet folic acid terutamanya jika Puan berisiko tinggi. Folate dari sumber semulajadi boleh diamalkan tetapi kita tidak dapat pastikan folate yang Puan dapat itu mencukupi atau tidak. Misal kata jika Puan ambil bayam - kita tidak dapat pastikan sebanyak mana bayam yang perlu diambil untuk mendapat cukup folate.