Sesi Tanya Pakar bersama VIP Parents, Puan Rabiatul Adawiyah (Malaysian Lifestyle Blogger)

Hi semua selamat berhujung minggu. Kita kembali lagi dengan Sesi Tanya Pakar bersama VIP Parents kita iaitu Puan Rabiatul Adawiyah yang merupakan seorang blogger Malaysia yang aktif dan juga seorang suri rumah kepada dua anak lelakinya. Ayuh tanyakan pendapat/persoalan atau berkongsi cerita mengenai Gaya Hidup : Cabaran Membesarkan Anak bersama Puan Ruby di ruangan komen bawah. Segala pertanyaan atau perkongsian akan dibalas secara langsung oleh Puan Ruby sendiri pada 20 September jam 3 petang.

Sesi Tanya Pakar bersama VIP Parents, Puan Rabiatul Adawiyah (Malaysian Lifestyle Blogger)
7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Terima kasih.. ya sy sedang menghadapi kesukaran sekarang.. sy ingin bertanya, anak sy baru masuk 4 bulan esok, baru sahaja berlaku hal ini di mana anak saya tidak ingin menyusu badan secara direct. sy seorg ibu yg bekerja isnin-jumaat 9am-6pm. selalunya apabila sy bekerja ibu sy akan mmberikan susu yg sy telah pam d dalam botol utk anak sy. seminggu baru ni anak sy dah tak nak susu direct hanya nak melalui botol. bagaimana cara sy nak mengatasi? sy rindu anak sy mnyusu secara direct. 🥺

Baca lagi
5y ago

Hi Puan, situasi puan sama dengan saya ketika menyusu anak nombor dua saya. saya mula pam susu sebab nak masuk ofis bekerja. kepuasan anak menyusu memang anugerah terindah. melalui pengalaman saya dulu, saya pam susu dan teruskan dengan botol. apabila anak mula comfortable menyusu botol, susu saya pula makin kurang. seakan-akan dah nak putus susu. mungkin saya stress sebab dia takmo direct. sedangkan putus susu at least usia 2 tahun kan. anak menangis sebab stok susu tak banyak. Saya recover balik dapat menyusukan dia secara direct dengan pujuk baby. Weekend je saya bf dia tanpa limit. anytime dia nak, saya bagi. Alhamdulillah anak menyusu cukup 2 tahun lebih. Walaupun dengan cara itu, nampak struggle. saya happy. Terubat rindu. Sebenarnya anak kita pun rindu kita cuddle dia. Puan, ini pengalaman saya. Diharap dapat membantu puan. ❤️