Hai dan assalamualaikum , nak tahu pengalaman ii ttc yg dh berjaya hamil. Share sikit Tips,usaha .

Semoga kita semua dikurniakan zuriat yg soleh solehah. Aamiin

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

TTC 6 years here. Pernah sekali mengandung after 4 tahun kahwin, tapi kemudiannya keguguran ketika kandungan 6w. Sebelum ni memang keluar masuk hospital untuk dapatkan rawatan kesuburan di Hosp Tunku Azizah. Melalui rawatan TSI 2 kali cycle, tapi dua2 tak berjaya. Puasa hari tu entah macam mana boleh turun berat badan sehingga 6kg dan alhamdulillah mengandung. Pernah dalam fasa kecewa dan hampir putus asa. Tapi masih berusaha dan percaya pada rezeki Allah, antara cepat dan lambat sahaja. Suara2 sumbang memang kerap kedengaran, pelbagai tips, teknik, urutan, honeymoon semua dah buat. Tapi kalau Allah kata belum rezeki, maka belumlah. Yang penting kena sentiasa positif dan yakin (walaupun kadang2 kita akan tewas juga). Saya sentiasa berpegang kepada kata2, tak semestinya kita mempunyai anak ramai, kita akan bahagia. Dan tak semestinya kita masih belum punya anak, kita tak berhak bahagia. Carilah kebahagian dengan cara kita sendiri.

Baca lagi