Selalu jika ada masalah, suami suru bersabar. Dia kerja macam biasa dan belakangkan masalah. Tidak mahu berbincang dan terus tidur. Jika berbincang pun, dia fikir benda yang saya cakap tidak betul. Dia akan kaunter balik. Walaupun saya cuma sharing, dia malah cari salah saya dan diam. Saya sakit atau mental down macam orang gila, dia tidak peduli. Dia tidak pernah mengambil cuti family matter atau emergency leave. Apa-apa masalah selalu dibelakangkan. Saya seharian dirumah tertunggu-tunggu bila boleh dibahas dan mau selesai cepat. Saya sakit hati berpanjangan bila disuru diam. Bila saya try chat suami time kerja, dia cakap "jangan kacau orang,nanti cakap tidak boleh kah?". Macam dia pandang ringan semua hal kecil atau besar..dan kadang2 dia biarkan benda tu dilupakan sendiri. Tetapi pihak saya, saya pendam semua benda itu walaupun sudah lepas. Rasa macam perasaan ini tidak dipedulikan. Dipaksa telan semuanya tanpa penyelesaian atau perbincangan. Bila ada masalah lain datang, saya akan automatik terungkit semua benda yang belum selesai. Saya tekanan. Dia cakap saya tidak matang. Dia cakap nanti cakap. Nanti bincang. Bila dia sudah sampai rumah, saya try to talk, dia akan cakap benda yang berlawanan..benda akan berlarutan. Dari sharing ke pergaduhan. Dari pergaduhan ke pergaduhan yang lagi sengit tanpa penyelesaian. Ego. Takkan saya mengalah jika benda terang bersuluh?. Kalau saya silap dan dia boleh cari point kesalahan saya yang logik, saya akur. Tapi bila saya sudah cari point yang benda dia cakap itu salah, dia akan diam tidak peduli. Seolah olah saya yang ditekan keadaan untuk pilih stop. Saya malas lah balik2 saya yang berkorban untuk berbaik seperti tiada yang berlaku. Saya rasa fake bila saya pura2 okay teruskan hidup macam biasa. Bila saya okay, rasa macam saya tiada harga diri. Senang memaafkan. Ada bagus juga tapi, perlukah begitu setiap kali ada masalah saya pun biarkan perkara itu tidak selesai dan lupakan? Tidak happy tau ? 😩😩 kenapa dapat suami begitu? Saya yang bodoh ke dia?
Nuur I M H