Masalah perlu diabaikan dan dilupakan begitu sahaja?

Selalu jika ada masalah, suami suru bersabar. Dia kerja macam biasa dan belakangkan masalah. Tidak mahu berbincang dan terus tidur. Jika berbincang pun, dia fikir benda yang saya cakap tidak betul. Dia akan kaunter balik. Walaupun saya cuma sharing, dia malah cari salah saya dan diam. Saya sakit atau mental down macam orang gila, dia tidak peduli. Dia tidak pernah mengambil cuti family matter atau emergency leave. Apa-apa masalah selalu dibelakangkan. Saya seharian dirumah tertunggu-tunggu bila boleh dibahas dan mau selesai cepat. Saya sakit hati berpanjangan bila disuru diam. Bila saya try chat suami time kerja, dia cakap "jangan kacau orang,nanti cakap tidak boleh kah?". Macam dia pandang ringan semua hal kecil atau besar..dan kadang2 dia biarkan benda tu dilupakan sendiri. Tetapi pihak saya, saya pendam semua benda itu walaupun sudah lepas. Rasa macam perasaan ini tidak dipedulikan. Dipaksa telan semuanya tanpa penyelesaian atau perbincangan. Bila ada masalah lain datang, saya akan automatik terungkit semua benda yang belum selesai. Saya tekanan. Dia cakap saya tidak matang. Dia cakap nanti cakap. Nanti bincang. Bila dia sudah sampai rumah, saya try to talk, dia akan cakap benda yang berlawanan..benda akan berlarutan. Dari sharing ke pergaduhan. Dari pergaduhan ke pergaduhan yang lagi sengit tanpa penyelesaian. Ego. Takkan saya mengalah jika benda terang bersuluh?. Kalau saya silap dan dia boleh cari point kesalahan saya yang logik, saya akur. Tapi bila saya sudah cari point yang benda dia cakap itu salah, dia akan diam tidak peduli. Seolah olah saya yang ditekan keadaan untuk pilih stop. Saya malas lah balik2 saya yang berkorban untuk berbaik seperti tiada yang berlaku. Saya rasa fake bila saya pura2 okay teruskan hidup macam biasa. Bila saya okay, rasa macam saya tiada harga diri. Senang memaafkan. Ada bagus juga tapi, perlukah begitu setiap kali ada masalah saya pun biarkan perkara itu tidak selesai dan lupakan? Tidak happy tau ? 😩😩 kenapa dapat suami begitu? Saya yang bodoh ke dia?

3 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Sama pilih masing-masing jadi pasangan kan.. So, soalan kenapa dapat suami begitu, puan yg tahu kenapa sebab puan pilih dia sebagai teman hidup. Ini isu komunikasi. yg nak meluah, tak puas meluah. Mungkin puan nak apa yg puan luahkan mendapat respond seperti mana puan nak, tapi puan tak dapat apa yg puan nak. Itu lah pasangan puan. Ya, memang tak happy. Ni cadangan saya melalui cerita puan dlm ni. Puan dan suami sama2 belajar cara komunikasi berkesan di antara pasangan suami isteri.

Baca lagi
4w ago

*baik

Sis pilih pasangan sis mengikut kriteria sis dan begitu juga dgn pasangan. Masalah sis di sini, sis dan pasangan kena mendalami cara berkomunikasi yg berkesan dlm apa jua masalah. Sorg tak dapat luah yg terpendam, sorg pilih utk diam atau tangguh. Pillow talk dari hati ke hati bila keduanya dlm emosi yg tenang. Cuba dulu sis, jgn putus asa dulu.

Baca lagi

Paham.. suami sye pun kdg jnis mnolak ble ajak bbincg.. kdg ble bincang pn xde jwpn... last2 xde prubahan pun.. sme je.. sye cuma luahkn kt kwn yg sye percaya utk sye rse lega je.. msalah tu sye sendri cuba hadapi sendri.. pndai2 cri jln pnyelesaian sendri..