1 tips hb low untuk ibu2. Harap2 berguna 🥰
Sekarang saya 2nd pregnancy. Alhamdulillah hb sangat cantik dari 1st time bukak buku pink. Hb 12.5.. saya makan jugak pil obimin dr kk. Tapi ada satu tambahan iaitu setiap pagi saya minum satu cawan horlick suam ditambah satu ke dua sudu susu kotak goodday or dutchlady. Tiada tambahan susu pekat or gula ye… jujur saya cakap masa 1st pregnancy hb saya ngam 9 or 10 je. Tapi nurse kk masa tu masih boleh terima lagi. Kalau tak mesti dah drip ubat.. masa 1st pregnancy saya dah tau pasal air horlicks boleh naikkan hb tp saya tak boleh telan air horlicks ni. Jadi kali kedua ni saya nekad saya minum hari2 setiap pagi. Dan nurse pon cakap memang bagus air horlicks boleh naikkan hb tapi jangan minum yg 3in1 sebab gula agak tinggi nanti kencing manis pulak 🤭 harap2 dapat berguna tips saya ni..