Taknak pantang rumah mertua

Sekarang pregnant anak kedua, 16w. Saya tahu terlalu awal utk cakap pasal berpantang. Tapi saya nak tanya pendapat semua. Saya anak yatim piatu, so takde pilihan selain berpantang dengan mertua atau sendiri. Anak 1st pantang dengan mertua tapi saya agak stress. Saya sejenis pengemas & pembersih biasa2. Tapi rumah mertua agak bersepah, baju longgok tak berlipat, sampah banyak merata (family kakak & adik ipar duduk sekali). Berpantang pun kena menumpang bilik mertua atau bilik yg dindingnya berkulat. Jadi tak selesa macam tu (terutamanya bab kebersihan). Stress sebab saya membesar di asrama yg memg dididik dengan kebersihan & kekemasan. Makan minum Alhamdulillah okay, kadang mertua masakkan/beli luar. Disebabkan semua ni kecuali makan minum, saya rasa macam nak pantang sendiri. Tapi risau suami & mertua akan kecik hati. Dalam masa yg sama saya taknak stress sebab pantang pun dah stress dengan diri apatah lagi dengan masalah lain. Minta pendapat semua ya. #PANTANG

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya takada pengalaman tapi kan, saya rasa emosi kita waktu berpantang lebih penting berbanding orang lain, sebab yang tengah berpantang kita bukan dorang 🥲 tapi taktahu lah mungkin ada buruk baik, tapi kalau ada duit lebih bayar orang untuk kita jaga pantang rasa ada kot.